mulakan dengan

mulakan dengan

Wednesday, April 20, 2011

post 134~ entry tak bertajuk

kerugian + hampa yang teramat buat masa sekarang..nasib baik ada phone boleh contact2
assalamualaikum and salam sejahtera readers!
entry kali ni bukan betul2 tak bertajuk, cuma aku tak tahu nak buat tajuk apa
so, aku buat la "entry tak bertajuk"..haahaa
first of all aku nak bagitaw yang entry ni adalah entry berani mati aku !(ika..after kau baca entry aku ni, sila msg kat aku ya! :p)

entry kali ni pun bukan sekadar entry kosong yang aku nak merapu tak tentu pasal
(mentang2 lah korang tengok tajuk entry entah ape2 kan?)
yang nak baca tu, keep going ya! btw, tengs!
before tu, aku nak mintak maaf awal2 sebab entry ni agak jiwang miwang sikit

oke hari ni aku nak cakap sikit yang aku dah pun sampai kat umah tercinta aku ni dengan selamatnya
nanti pasal perjalanan pulang aku tu, aku cerita dalam next entry la.
entry ni agak special skit..(special ke?)

sesampainya aku kat umah ni, maknanya aku berjauhan daripada seorang hamba Allah ni..
iaitu seorang hamba Allah yang aku SUKA
(i will never mention his name in here..biar orang nya and orang tertentu yang tahu dulu :p)
after habis matrik, memang aku takkan dapat jumpa dia dah
sebab kami tinggal lain2 negeri
aku kat kelantan and dia pulak kat pahang
sangat jauh ya!

p/s:yang ni monolog dalaman aku..
tu lah kau pija, masa kat matrik dulu,
time jumpa dengan dia, kau taknak try tegur dia
malu la apa la semua ada
ha! sekarang dah melepas baru padan muka kau..

waaa! nak nagis la macam ni kalau diri aku sendiri pun cakap padan muka kat aku
(tapi memang padan pun muka aku, takde cacat pun..haahaa-not the time for joke pija!)

hubungan jarak jauh je lah yang aku mampu..tu pun kalau "dia" sudi.. :(
tapi aku takde la rasa sangat2 hampa, sebab at least aku telah buat something yang sangat berani
first time in my life kot wey!
at least, aku dah dapat no phone budak tu and aku msg kat dia
so, melalui tu, aku contact dengan dia
kalau bertembung dengan dia kat mana2 dalam kolej tu,
sedaya aku taknak pandang muka dia..malu siot!
sape yang tak malu hah? nak pandang orang lama2?
nanti kantoi pandang lama2 kang, naya aku..
tak tahu nak sorok kat mana lah muka ni time tu kan?

hopefully "dia" tak benci kan aku lah ya!
kadang2 tu.(bukan kadang2 tapi selalu pun)
aku akan msg dia..
macam tadi, aku sampai je kat umah, aku bagitaw dia yang aku da sampai
tu pun after aku bagitaw my BFF..
kiranya dia orang second la..heehee
(eleh pija..kau ni buat dia tu macam pakwe kau pulak..dia tu anggap kau tu member je pun..tak payah nak melebih2 lah!)
oke, fine! ada suara dalaman cakap kat aku macam ni,
so,aku follow je la suara hati aku tu,
maybe betul cakap suara hati aku tu..
hati aku pun selalu cakap
"even kita suka kat orang pun, belum tentu orang tu akan suka kat kita..so jangan nak berangan tinggi pija!!"
aku ni jenis degil +keras kepala sikit
kadang2 aku dengar cakap suara hati aku tu, kadang2 tak langsung..haahaa

so, daripada sini korang dapat tahu lah kan kenapa aku wat tajuk entry ni
"entry tak bertajuk" kan?
before ni, kalau aku nak lupakan something,
aku akan try dengar lagu..and aku lupa pasal prob aku tu kejap

aku akan try layan lagu2 jiwang untuk melepaskan resah dalam hati aku ni(ayat tak bleh blah..haahaa)

p/s : kepada hamba Allah tersebut, rasanya saia akan bagi awak baca entry ni..
terima kasih sebab sudi baca entry merapu meraban saia ni ya!
and tengs jugak coz, sudi layan saia yang banyak songeh ni
(selalu anta msg kat awk kan? even awk tak reply pun)
ada rasa serabut tak? kalau ada rasa macam tu,
terus terang je la dengan saia,terus send msg macam ni kat saia lepas awak baca entry ni ya?
"jangan buat serabut dengan aku boleh tak? aku tak de masa nak layan ka..baik aku layan awek aku lagi bagus daripada layan ka"
ok? haahaahaa.. ^_^

Peace make me smiles (^_^)V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...