mulakan dengan

mulakan dengan

Saturday, April 02, 2011

post 117~ lelaki perlu ambik kisah bila...

tengah2 blog walking tadi,
jumpa lah satu blog ni..
dalam blog ni ada banyak info2 yang menarik
tak kurang jugak menarik perhatian aku..haakhaak
aku dapat tahu blog ni, daripada blog tutorial untuk blog
tajuk yang aku nak cerita kat sini, mesti korang rasa tertarik kan?
kalau tak..mybe korang takde feeling kot..(just kidding!)

al kisah kali ni aku dapat daripda blog sharing is caring
dan tajuk kali ni plak dapat daripada entry dia yang ni..
--> klik sini kalau nak baca daripada blog dia
tapi, before tu, aku nak bagitaw dulu, aku bukan fully copy daripada blog dia pun..
aku just copy pernyataan yang berwarna biru kat bawah ni je..
yang lain adalah jari aku yang berlari atas keyboard ni..

sebenarnya aku ada soalan dan juga penyataan/suggestion untuk korang,
tapi before tu, jom kita tengok dan baca sampai habis dulu apa yang aku nak mengarut kat sini..

1. Asyik tengok / curi pandang anda.

Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku.

Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik tengok/curi pandang anda.:)


2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.

Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)

Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka dimengorat..:)


3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia. 

Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)

Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian anda.

Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.


Bonus:
Buat gaya macam gedik/mengada sikit.


Aku tak tahu la betul atau tidak, tetapi mungkin juga perempuan akan buat gaya yang menggedik sedikit, bukan setakat lentuk tubuh, mungkin suara pun akan menggedik sedikit.:) Tujuan adalah sama seperti point ke tiga, iaitu untuk menarik perhatian..:)


so, lepas korang dah baca semua tu, 
cuba jawab ni sikit..
nak jawab secera lisan pun boleh..atau lagi baik, comment je kat ruang komen aku..heehee

untuk perempuan : pernah tak korang buat macam perkara2 kat atas?
kalau pernah, apa perasaan korang kalau kantoi ngan diorang?
tambah2 kalau kantoi korang tengah perhatikan dia?

untuk lelaki : apa action korang korang kalau dah terang2 perempuan tu tengah tengok kat korang?
dan, kalau korang ragu2 tentang tu, tapi sebenarmya adalah betul, 
apa korang akan buat?
kalau diberi pilihan antara perempuan gedik yang cantik dan
perempuan yang tak gedik tapi tak cantik,(tapi perangai jenis otai), mana satu yang akan korang pilih?

ouwh lupa plak..tadi aku ada cakap aku nak bagi suggestion kan?
first2 aku nak bagi sugesstion for boys,
kalau dah perempuan tu bagi hint, cepat2 lah bertindak sebelum melepas ya!
kalau tak, rugi lah..atau pun, kalau korang dah pun berpunya, tapi budak perempuan tu tak tahu lagi,
better korang pegi slow talk dengan dia supaya dia tak mengharap dan jugak tak terluka
for girls plak,
bagi yang berani, korang pegi lah jumpa dengan dia depan2 dan minta lah nak berkenalan..
kalau yang kurang keyakinan/takut, korang cuba lah dapatkan orang tengah..
sebab, sangat susah untuk orang perempuan memulakan langkah..
ianya adalah satu cabaran yang berat..usually, laki yang porpose perempuan,
tapi ni adalah terbalik, so, cubalah cari orang yang boleh dipercayai untuk menghubungkan korang
act, berkaitan dengan orang tengah ni,
budak laki pun boleh guna jugak kalau korang tak berani nak bersemuka dengan diorang(girl)
tapi,aku syorkan, korang tak payang buat macam tu,
coz, most of girls tak suka lelaki yang penakut(menggunakan orang tengah)
cuba bayangkan, korang atau dia(girl) tu yang akan sangkut ngan orang tenmgah tu..
bukan korang yang sepatutnya tersangkut(lari daripada apa yang korang dah plan)

uish! banyak pulak soalan dan suggestion aku kan? haahaa
sorry lah banyak sangat ye..
bak kata pepatah, malu bertanya, sesat  jalan(ada kaitan ngan sesat jalan ke benda ni?)
apa2 pun, thanx sebab sudi singgah.. 
peace! (^_^)V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...