mulakan dengan

mulakan dengan

Friday, November 11, 2011

post 154 ~ macam nak tercabut jantung

assalamualaikum.. hyeee..

tarikh hari ni, 11 November 2011.. kalau di nomborkan semua, memang cantik angkanya.. 11/11/11.. disebabkan tarikh hari ni sangat2 cantik, and mungkin orang boleh buatkan tarikh ni sangat2 bermakna dalam hidup diorang.. contohnya, ramai giler orang kahwin hari ni.. kalau nak kaitkan orang cina kahwin sebab banyak 'oang', orang melayu pun apa kurang nyer kahwin hari ni.. nasib baik la jalan tak sesak disebabkan diorang kahwin ni..

hari ni pun aku nyaris2 nak dapat something yang memberi makna dalam hidup aku.. aku nyaris2 nak dapat 'surat jemputan' daripada abang2 and pakcik2 polis.. sebab masa aku otw nak gi hantar cousin aku ke rumah dia, ada roadblock kat tengah jalan.. roadblock mestilah tengah jalan kan? mana ada dalam sejarah lagi roadblock polis wat kat tepi jalan.. hish! ape lah..haahaa hati aku time tu, tak payah nak kata laa dah rasa macam takde jantung dah..muka aku pulak...herrrmm..paham2 la muka orang yang kalau dah cuak habiss.. aku rasa macam tak cukup darah je kat muka aku ni..boleh tertukar ngan opera cina tu.. tapi, nasib baik la time tu malam..so, takde lah nampak sangat muka aku ni ketakutan..satu benefit dah tuh.. :)  kalau aku 'sangkukt' kat situ, memang betul2 bermakna la tarikh 11/11/11 ni bagi aku.. pasti aku akan ingat sampai bila2.. CONFIRM.. !!



and one more thing, tetiba ada orang hon kat aku time aku otw nak balik umah aku..yang pasti, bukan hon daripada belakang..so, maksudnya aku tak buat salah.. bunyi hon tu, macam someone tegur someone.. so, aku toleh, tapi aku tak brape nampak sangat sebab malam kan.. heehee (eleh kau pija, orang bukan nya hon kat kau pun.. tadi kan ada moto kat depan kau..maybe dia hon kat orang kat depan kau tu..) --.--' tapi aku tengok kereta tu and empunya kepala driver tu macam kenal je..(nape aku cakap kepala? sebab memang aklu nampak kepala dia je pun.. heehee) yang spoil nyer, aku lupa nak tengok no plat kereta dia.. adeh! kalau aku tengok no plat tu, kalau aku kenal, boleh la aku u turn jap.. borak2 kejap.. haahaa ye la tu pija oi kau akan buat macam tu.. paling2 tak pun, kau akan call member kau yang kau terserempak tu after kau dah sampai kat umah.. ^_^ harapan lah budak hingusan yang nama PIJA ni nak u-turn and pergi bertegur sapa macam tu.. @_@

Peace make me smiles (^_^)V

Tuesday, November 08, 2011

post 153 ~ ke'busy'an melanda

halo halo halo..assalamualaikum readers semua.. :) (macam la aku ni ramai sangat readers kan kan? weee~) anyway, lama giler kan aku takk update blog aku ni..ish3..the last time entry aku pon aku rasa about 2 weeks ago..#sebagai blogger, tu dah kire lama dah tu.. :p

maklum la kan, aku baru je masuk dunia baru ni(UNIVERSITI) tak banyak benda yang aku dapat sesuaikan diri lagi..mesti ada yang antara korang yang akan cakap.."eleh, setakat masuk u je pon, tu pon nak kecoh tak dapat nak sesuaikan diri bagai dah..tu blom lagi kuar pergi oversea lagi"..ok! lain orang lain la cara nyer nak sesuaikan diri kan? betul tak? heehee :) skang ni pun aku tengah cuba sesuai kan diri aku ngan dunia yang aku tengah hadapi skang ni.. at first aku rasa macam dapat je aku sesuai kan diri.. tapi semua tu hampeh! haahaa :D maklum la kan, semua benda kena usaha sendiri..tak macam time2 skolah menengah dulu.. tapi tengs kat member2 sekelas aku skang EH 221 1B..dengan bantuan diorang, aku boleh hadapi semua benda berkaitan pelajaran.. :) tengs korang! tanpa korang, maybe taktaw kemana hala dah aku ni.. #ecececece ayat touching la pulak..haahaa ^_^ btw, aku rasa  kelas kita ni sangat2 chill la..heehee terharu aku apat masuk group ni.. T_T

before masuk cuti ni, banyak giler test and quiz yang aku kena ambik.. haih! sangat2 serabut kepala nak kena study.. (eleh! piiirah la kau pija..kalau orang nye yang nama norshafiza tu, memang susah nak study)..heehee lagipun, aku bukan  nya study sangat pon.. oppsss! kantoi aku jenis yang tak study sangat..haahaa XD


## ish! actually aku nak post benda lain, tapi terpost benda lain pulak.. ahaks! sorry ya! nanti entry lepas ni aku tulis apa yang sepatutnya aku nak tulis.. heehee.. aku nak cerita pasal pengalaman aku yang tak pernah aku alami before ni.. macam pelik je pengalaman ni.. T_T

Peace make me smiles (^_^)V

Saturday, October 22, 2011

post 152 ~ nak menipu, cover la sikit ya!


halo halo halo.. assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.. dah lama aku tak update blog kan? whootwhoot ^0^ sory la sebab aku agak busy.. (eh? yeke busy pija oi! boleh je kau update blog kau yang satu lagi tu..) heehee actually aku tak tau nak tekan ape atas keyboard aku kalau aku bukak blog ni(tu dulu la.. skang dah ada)

kali ni aku nak bercerita lah sikit about manusia yang ada atas muka bumi ni sekarang ni.. memang manusia sekarang ni semakin hari semakin ramai yang cuba2 nak kelentong orang lain kan? lebih2 lagi kepada kawan2 kan? kalau mak bapak tu, confirm la ramai yang pernah kelentong kan? aku sendiri pon pernah kelentong mak bapak aku.. ye laa, nak jaga hati diorang. contoh nyer kalau diaorang tanya aku ok tak sekarang ni.. aku akan jawab aku ok je walaupun actually aku sangat2 stress time tu.. heehee sorry omma!

kalau nak kelentong tu, pandai2 la cover.. dah menipu tu, pandai2 la kau simpan.. tapi ni, buat macam orang atas bumi ni buta,tak nampak apa yang dia buat.. halo! pleaseeee ok! cukup2 lah nak menipu aku. bukan nya aku tak tau yang kau tu cakap lain, tapi buat kau lain.. mulut je cakap bla bla bla.. tapi yang kau buat..? --.--"  Alhamdulillah Allah dah tunjukkan aku macam mana perangai kau kat aku walaupun secara perlahan2.. aku tak kisah la kalau kau bagitaw aku the truth pun.. aku lagi suka lah kalau kau bgaitaw aku hal yang sebenar ok! walaupun kadang2 the truth tu sangat pahit, tapi aku sanggup telan kepahitan tu daripada aku telan kemanisan yang sementara, and after tu aku rasa seperti dah takde deria rasa..

maybe ni jugak salah satu hint atau lebih tepat petunjuk daripada Allah yang Allah nak aku sedar bahawa aku ni bukan lah seorang KAWAN yang BAIK.. sebab tu la ada orang yang sanggup kelentong/tipu aku.. so, aku perlulah perbaiki diri aku yang tak sempurna di mata manusia ni.. oh! maybe aku perlu jadi PEREMPUAN MELAYU terakhir kot.. baru lah ramai yang senang hati dengan aku ni kan kan? semua perbuatan aku lemah lembut je.. cakap pun pelan2 je.. baru lah takde yang terguris ngan percakapan aku nanti.. 
#oh! sory..! memang taaak la kalau aku nak berubah perempuan yang sangat2 lemah lembut ya! lagi pun aku hepy ngan diri aku sekarang -walaupun ada je manusia yang tak puas hati ngan aku skang

rasa nya dah takde lagi kot yang aku nak taip2 kat sini.. cukup lah setakat ni dulu apa yang aku nak luahkan.. aku mintak maaf sangat2 dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kalau entry aku kali ni terkena kat batang hidung korang2 yang baca entry aku ni.. aku jugak nak mintak maaf sebab aku terlampau berterus terang(tapi aku still simpan sape orang yang aku maksudkan).. aku dah tak sanggup nak jaga hati orang lagi.. aku akan jaga hati SEMUA KAWAN AKU.. and one more thing.. aku HANYA akan jaga hati KAWAN aku yang JAGA hati aku.. kalau kau dah tak pandai nak jaga hati aku seperti yang aku dok belai hati dan perasaan kau tu,jangan harap la kau dapat "layanan" yang sama lagi seperti sebelum ni..
#sorry lah ye, aku ni kejam sikit..kadang2, even kesalahan tak sebesar mana pun aku still nampak.. maklum la aku ni jenis yang sensitif(small hearted)

p/s : sorry entry agak boring =,=

Peace make me smiles (^_^)V

Sunday, September 18, 2011

post 151 ~ syukur

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera and salam satu Malaysia semua..

banyak kan salam aku.. tu nasib baik aku tak tambah dengan salam satu UiTM..haahaa *saje je wat kaler purple tu sebab kaler tema uitm kan purple..heehee  jangan ingat UiTM aku ni takde salam macam Malaysia jugak ye..heehee sekarang ni bukannya aku nak cerita pasal banyak salam yang ada kat atas dunia ni ya.. maaf la, aku takde ilmu sangat bab2 hal ni..

here are the starting.. tengah aku baring2 sambil baca majalah DARA atas katil aku yang empuk lagi best ni, tetiba aku rasa vibration kat hujung kaki aku.. mesti korang pelikkan kenapa vibrate kat kaki.. haahaa  aku pun pelik jugak at first, tapi after aku usha apa benda, terus aku ambik.. apa lagi.. phone aku laa.. guess what?! nama PALAPES LAUT UiTM terpapar kat skrin phone aku tu.. terus aku angkat *dengan excitednya..tapi taktau apa yang nak di informkan mereka..haahaa

setiap perbualan, mestilah starting dengan salam dulukan? aku pun bagi la salam.. *ececece konon2 tak kenal number tu sape punya.. then, salam aku bersambut.. "waalaikumussalam..ni adik Norshafiza ke?".. well disebabkan aku yang angkat phone tu,aku jawab "ye" la.. then dia bagitaw "kami daripada palapes laut UiTM..adik telah lulus ujian untuk palapes laut ni..adakah adik berminat?".. eh, boleh pulak dia tanya aku minat ke tak kan? kalau aku tak minat, tak de nyer aku nak pegi buat fitness test diorang semalam.. buat sakit badan je.. then, disebabkan aku terlampau excited sampaikan aku tak tau nak jawab apa kat orang yang call aku tu.. orang yang call aku tu terpaksalah tanya aku untuk kali yang ke-dua samada aku berminat atau tak.. then baru lah aku jawab "minat"..  after aku jawab, dia suruh aku buat persiapan **untuk dengar taklimat diorang kot..aku pun tak sure     after aku letak phone tu, terus aku catat apa yang dia pesan tadi.. mana la tahu kot2 lupa kan..aku ni nyanyuk sikit.. ops! bukan sikit rasanya.. banyak kot..haahaa  memang aku senyum lebar habis la time tu..heehee :) aku bersyukur sangat2 sebab aku dapat apa yang aku nakkan sangat2 tu..


Alhamdulliah kesakitan yang aku alami sekarang ni berbalas juga akhirnya.. kesakitan apa ek? sakit hati ke? luka di jiwa ke? eeh tak laa.. sakit badan.. sebab semalam aku baru je lepas buat fitness test diorang tu.. total test tak la banyak sangat pun, lina je pun.. tapi disebabkan urat2 saraf dan otot2 dah berkarat sebab dah lama tak buat aktiviti, so habis sakit seluruh tubuh.. adeh! fitness test yang diorang buat ialah..

1. ukur lah berat and tinggi dulu **ni bukan salah satu fitness test taw! 
2. push up
3. sit up
4. long jump
5. lari ulang alik 4x10m
6. lari jarak jauh.. 2.4 KM = 2400meter *jauh oooo..


oke lah.. aku pun dah penat nka membebel kat sini.. aku chow dulu ya! nak tido petang pulak.. haahaa
*teruk punya perangai anak dara..haahaa
AAK? stands for.. Ada Aku Kisah? ^_^

Peace make me smiles (^_^)V

Friday, September 16, 2011

post 150 ~ salam 1 Malaysia !

halo halo halo.. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua.. heehee excited sangat hari malaysia ni.. mana tak nya.. semua rakyat Malaysia dapat CUTI.. eh, tapi kalau kat Kelantan, Terengganu and Kedah kan memang selalunya cuti kan? *maybe ada cuti berganti kot nanti.. taktau la tu..

hari ni, walaupun cuti, aku tak cuti pon.. haahaa mana tak nye.. aku kuar pergi cari buku2 yang aku nak guna sepanjang aku begelar STUDENT UiTM dihatiku ni.. heehee *kelas je pun yang cuti.. untuk dua buah buku jer aku dah habiskan RM137...haduih... nasib baik la sbjek lain, aku tak perlukan buku.. i mean not compulsory.. kalau tak, kopak la account Bank Islam aku tuh.. maggi la aku hujung sem nanti.. haahaa :D

nih dya buku yang aku borong kat Academy Book Avenue..
ni buku Calculus foe Engineers.. MAT435 harga..RM75
ni pulak buku Thermodynamics.. CHE433 harga..RM 62

so, tu lah semua buku yang aku beli kat luar kampus aku ni.. bukannya aku keluar pergi jalan2 jauh sangat pun.. ok.. got to go.. chowz everubody.. see ya!


Peace make me smiles (^_^)V

Saturday, September 10, 2011

post 149 ~ habis!!

alooo.. apa khabar semua? harap sihat2 semua lah ya.. :) ni adalah first post aku kat UiTM Shah Alam ni..heehee sepanjang aku stay selama lima hari ni, ni je baru ada masa nak relax2 nak buka internet apa semua..maklum la minggu ni, aku teramat2 sibuk dengan Minggu Destini Siswa(MDS)..hari orientasi kat U aku ni.. sudah tentu la UiTM di hatiku.. ^_^ nasib baik MDS kat sini ni 5 hari je.. so, takde la rasa letih sangat.. hari ni la hari first kitorang(budak2 degree uitm 2011) akan mulakan langkah baru dengan sendiri.. takde lagi bantuan daripada akak2 or abang2 Pemimpin Mahasiswa(PM).. sebenarnya aku takde apa pun nak cakap.. huuhuu.. that all lah.. chowz ya!

Peace make me smiles (^_^)V

Sunday, September 04, 2011

post 148 ~ saat terakhir

assalamualaikum w.b.t readers semua..jawab ye adik2..heehee

lama giler aku tak update blog aku ni kan? agak2 dah berapa lama ek? jap nak bilang ,minggu jap.. 2 3 4.. eh3.. lama lagi la.. ish3.. aku rasa dah nak dekat 2 bulan dah aku tak update blog aku ni.. kecian kat blog aku ni.. hmm(sigh)..masa first time buat blog dulu, bukan main lagi tiap2 hari update.. hal2 tak seberapa pun nak update jugak kan?haahaa (biasa la budak baru jumpa mainan baru..ngeh3) ni, sekarang blog entah kemana.. tuan empunya blog entah ke mana.. nasib baik la blog aku ni jenis susah nak merajuk..(pembaca je la kalau yang merajuk pun..heehee) SORRY ye semua..huuhuu

maklum sajalah, aku ni busy je memanjang..(sibuk apa pun aku tak tahu..haahaa) eh! mana tak sibuk nye.. kan aku nak kena pergi sambung belajar nanti. ha! kat sini aku nak inform kat korang(bukan niat nak menunjuk ok!), aku bakal sambung belajar kat UiTM Shah Alam(bukannya gah sangat pun U yang aku akan sambung belajar tu).. kos yang aku belajar ialah kos Kejuruteraan Kimia dan Proses..(aku dengar macam susah je kos tu..huuhuu) insyaAllah aku akan berusaha bersungguh2 to be the best.. :) malam 5 september nanti, (esok lah tu) aku akan bertolak ke sana dengan my madam..ngeh3.. ni la entry aku yang terakhir sepanjang aku ada kat KELANTAN buat masa sekarang. after this, SHAH ALAM menanti.

sementara tu, aku nak selitkan sikit cerita aku sepanjang aku tamatkan matrik life aku.. sepanjang aku kat rumah, aku kerja kat satu kedai tudung yang agak dekat la ngan umah aku.. kalau berjalan, around 5 minit dah sampai dah pun. tapi time bulan puasa hari tu, aku berulang alik ngan mutosikal.. konon letih la.. padahal nak guna moto sebab nak pergi bazar ramadhan je pun..heehee and time puasa tu jugak la aku berkenalan dengan someone dekat tempat kerja aku. kalau pompuan, takde la aku nak bagitaw kan? ni orangnya adalah lelaki. tapi, sekarang ni..persahabatan antara kitorang sekarang dah pun renggang sedikit demi sedikit.. after this, maybe lose contact terus.. 

after habis aku kerja kat kedai tudung tu, aku susah nak lupakan kenangan2 aku sepanjang aku berkawan dengan budak2 sekerja aku tu.. diorang semua nya cheers! aku happy sangat2 kerja kat situ.. member aku paling kamcing ialah Dayah and Siti.. sebenarnya diorang ni lebih tua daripada aku, tapi diorang larang aku gunakan title KAK kat depan nama diorang.. haahaa..susah senang sepanjang aku kerja kat situ, banyak aku ceritakan kat diorang.. :) 

ni member yang aku kamcing..siti and dayah

yang ni pulak member seangkatan atau lebih tepat tentera bergajah tursab..haahaa.. k.tie, siti and dayah..

tengs for reading guys! 

Peace make me smiles (^_^)V

Sunday, July 10, 2011

post 147~ apa kes!

assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera readers!
jawab jangan tak jawab salam tu ya! kalau tak jawab, berdosa taw. :p

hari ni aku nak cerita lah sikit about kekesalan hati aku kat tempat kerja aku. mesti korang terfikir yang aku terkilan dengan staff2 kat tempat aku kerja kan? tak la. aku terkilan dengan costumer kat tempat aku berkhidmat  sebagai jurujual tudung kat rumah aku. jenis kedai yang aku kerja ni, kena tanggalkan selipar kalau nak masuk. and kalau taknak tanggalkan selipar  tu, duduk la kat luar tu, padan ngan muka! :p

seperti biasala aku pergi kerja. nak masuk tu, kena la tanggalkan selipar(kira macam nak jaga kebersihan kawasan dalaman kedai la). ada satu hari ni, aku memang tak keluar langsung daripada kedai yang aku kerja ni. Biasanya aku akan keluar kejap. samada pergi beli air or beli nasi or pegi kat another branch kedai yang aku kerja ni. nak dijadikan cerita, punya la excited aku nak balik hari tu(mana tak excitednya kalau dah letih sangat2?) tengok2 selipar aku makin KECIL! eh! ada ke selipar makin kecil? ke kaki aku yang membesar dalam masa 12 jam? haahaa. alih2 aku dapat selipar baru. TERBAIK punya costumer! memang dasar kaki buat! :p perlu ke aku kunci dengan mangga selipar aku tu? selipar biasa je pun. bukannya selipar yang branded2. terpaksa la aku pakai selipar yang tak berapa nak chumel ke tempat kerja! hampeh betul. dah la aku ada satu tu je selipar. yang bawa ke tempat kerja sekarang ni pun selipar yang besar gedabak. sepatutnya aku pakai saiz7, aku pakai saiz 9 ke tempat kerja. :(

perlu ke aku buat macam ni kat selipar aku? mana tahu kot2 tertukar sekali lagi?

Peace make me smiles (^_^)V

Sunday, June 26, 2011

post 146~ lagu yang buat aku teringat kat someone

assalamualaikum and salam sejahtera readers!

aku search lagu yang aku nak dengar kat youtube.. then, aku pun terfikir nak dengar lagu sahabat selamanya daripada Padi Band.. ni aku sertakan video lagu Padi tu.. korang hayati la lagu ni elok2 ya.. heehee aku sampaikan menitis air mata masa first2 dengar lagu ni.. aku teringat+miss sangat2 kat best fren aku sorang ni.. aku cakap kat dia tentang hal aku mengalir kan air mata sebab dengar lagu ni.. then, dia cakap kat aku, dia pun teringat kat aku kalau dia dengar lagu ni.. waaaah! terharunya aku.. betul lah orang cakap kan? kalau kita sayang kan orang, orang akan sayang kita balik.. :)


yang kat atas ni aku bagi korang dengar  ikut lirik lagu.. then, yang kat bawah ni tengok video klip dia.. :) kat sini aku bagi kat korang lirik lagu nya skali ya.. mana la tahu kot2 korang nak berkaraoke.. lagu ni kan salah sati OST Upin & Ipin.. sape yang tak minat Upin & Ipin? angkat tangan! :p


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selama lamanyaaa setiaaa



Peace make me smiles (^_^)V

Thursday, June 23, 2011

post 145~ new person in mine

assalamualaikum dan salah sejahtera readers sekalian.. :)

hari ni aku tak jalan kan cabaran aku tu ya. rasa nak update benda lain la pulak. hari ni aku nak cerita sikit apa yang aku buat.

23 Jun 2011 ni(hari ni la tu), aku ambik cuti daripada bos kat tempat kerja aku tu. maklum la cuti ikut suka hati je. nak cuti bila2 pun boleh. tapi beragak la kalau nak cuti hari2 kan? baik tak payah kerja terus kan? then, hari ni, aku ajak madam rumah aku keluar jalan2 ronda2 bandar. apa lagi.. pegi je la.. tambah2 aku baru je dapat gaji beberapa yang lepas. memang best la aku shopping sakan. eh? shopping sakan? sejak bila aku suka shopping ni? bukan shopping la, just beli apa2 yang patut je. nak shopping memang aku takkan buat la.. sebab aku ni jenis yang cerewet sikit bab2 beli membeli ni. tak macam orang2 lain. aku ni mengalah kan lelaki. setahu aku, lelaki lagi cerewet bab2 membeli belah ni. sebab tu aku cakap aku ni cerewet mengalahkan lelaki..

first2, aku keluar waktu pagi, around pukul 11 pagi. lewat ke korang cakap? aish! takkan nak keluar pukul 10 kot. macam aku pulak yang nak kena pegi buka kedai tu kalau aku keluar time tu. sebab tu aku keluar lewat sikit.. tempat first yang aku tuju ialah, PEJABAT PENDAFTARAN NEGARA. kenapa aku pegi sana ek? bukan aku baru nak daftar warga negara la.. aku nak tukar i/c aku, nak tukar kepada ic orang dewasa. aku kan dah dewasa sekarang..haahaa(muka je dewasa.. perangai tak pernah nak dewasa). yang aku geram, tukang ambik gambar kat JPN tu, punya la hampeh, senyum pun tak.. hish! geram aku dibuatnya. gambar kat i/c aku pun dah jadi tak cantik dah. dah jadi macam hantu dah.. eee geram nya.. rasa nak gigit je makcik yang ambik gambar tu. aku ni, punya la bermanis mulut, senyum bagai la, tapi dia.. senyum pun tak! then, balik after Zohor(around pukul 1.30 kot). sampai je kat rumah, aku try semua benda yang aku baru je beli tadi, aku ambik port baik punya untuk landing. mana lagi kalau katil aku kan? terus aku tidur. tak sedar apa2 pun. dengan tak solat zohor apa semua. terus aku lena. aku mula sedar pukul 3 l;ebih. tu pun madam aku yang kejutkan. kalu nak harapkan aku bangun sendiri. hmmm hampeh laa.. time aku tidur tu, aku ada jugak dengar madam aku membebel, dia cakap "orang tak cukup tidur dah tidur"


then, around pukul 4 aku ajak pulak madam aku keluar. aku cakap kat madam aku, "tak puas hati selagi tak jumpa benda yang aku betul2 nak". then, kitorang pun keluar laa. tapi kali ni, tempatnya dekat sikit berbanding tempat yang aku pegi pada waktu pagi tadi. nasib baik jumpa, and aku puas hati dengan apa yang aku beli tu. kira macam tak menyesal la aku benda alah tu.. heehee.. hajat di hati aku nak ajak pulak my boss keluar pegi pasar malam ni. kalau kat kelantan ni, "Wakaf Che Yeh" la.. mana lagi. tapi tak tau macam mana.. got to go now readers! thanks for reading ya! lainkali, datang la lagi,


Peace make me smiles (^_^)V

Monday, June 20, 2011

post 144~ cabaran 30 hari - 1

assalamualaikum and salam sejahtera readers!

hari  ni aku nak cerita pasal cabaran aku yang pertama. tajuk dia BENDA YANG ANDA BUAT MASA ANDA SORANG-SORANG. ermmm sebelum tu, aku nak mintak maaf dulu la sebab janji tak serupa bikin kan? heehee biasa la orang yang bekerja kan. *cakap macam orang gaji berjuta2 kan? :O tak salah kalau nak berangan kan?

so sekarang, aku akan cerita apa yang aku buatbila aku duduk sorang2..heehee 
   1. bila aku duduk sorang2, aku akan.. dengar lagu/muzik. sebab, aku tak boleh duduk dalam keadaan sunyi. paling2 lama lima minit je aku boleh duduk diam. sambil2 tu, aku nyanyi la sama. aku kan bercita2 nak jadi penyanyi *konon la  hati aku nak masuk AF(akademi fantasia), xcukup umur lagi, sekarang, dah cukup umur, AF pulak yang CUKUP umur,, haish! haahaa :D  kalau pun aku tak boleh nak dengar muzik, aku akan buat muzik sendiri. muzik yang aku cipta macam2 taw.. kadang2 aku betul2 menyanyi, kadang2 aku membebel *ada orang cakap, aku ni macam nenek2..huh! betul ke? -.-


   2. seperkara lagi, aku akan mengelamun. mengelamun pasal apa ek? ada pasal masa depan aku. about study aku, about kehidupan aku. and ada jugak about, teeet! heehee.. jangan fikir pelik ya! fikir about teeet tu ialah about ciri2 lelaki idaman aku laa.. :) haahaa *kepada yang dah fikir pelik2 tu, buang jauh2 ya! imaginasi tu kan membina otak kita.. :) so, aku boleh la nak dreaming banyak2 kan? lagi pun, dalam banyak2 perkara atas dunia sekarang ni, mengelamun je yang tak payah bayar kan? heehee nak masuk tandas pun kena bayar sekarang. paling2 kurang 30 sen you alls!


   3. perkara yang ke tiga yang aku buat ni, ialah TIDUR! sape yang tak suka tidur? angkat tangan! mesti korang malas nak angkat tangan kan? oke lah, cukup la sekadar cakap "aku pun suka". mesti semua suka tidur kan? everytime ada masa terluang+tak ada benda yang aku nak buat ataupun time aku tengah relax2, itu lah the most perfect time untuk aku tidur dengan lena yang teramat lagi. haahaa sure kalau pasang bom kat tepi telingfa aku pun, aku takkan sedar! dah la aku ni jenis tak ambik kisah sekeliling kalau aku tidur. aku teruskan je tidur aku. haahaa jahat tak? *langsung tak boleh nak buat menantu/ bini. nanti anak kecik menangis nak susu tengah2 malam, suami aku pulak yang kena bangun buatkan susu untuk budak yang tengah menangis tu. boleh suami aku dapat title 'suami mithali' nanti.. hoohoo :O kan untung tu.. mana lah tahu kot2 betul2 dapat title tu.. untuuuung badan.. :)


so, tu lah benda2 yang aku buat time aku duduk sorang2 yang aku dapat list kan.. *maybe ada tambahan kot, tapi aku lupa laa.. tak kira lah samada kat rumah atau kat mana2 je.. tapi tidur tu terkecuali la korang ya! takkan la aku nak tidur tak mengira tempat.. mengarut je. 

Peace make me smiles (^_^)V

Friday, June 17, 2011

post 143~ cabaran 30

assalamualaikum and salam sejahtera readers! ^_^

kalau tengok kat tajuk tu, mesti korang dah tahu kan entry kali ni aku nak tulis tentang cabaran kan? cabaran yang aku nak cakap ni ada 30.. 30 apa? jam? hari? bulan? or tahun? mak aaih! lama nya kalau bulan dengan tahun.. cukup2 la kalau setakat hari..so, ia akan jadi 30=sebulan *aku nak mengajar orang yang tak reti nak mengira masa lagi..heehee

aku dapat idea nak buat benda macam ni after aku baca blog Vanilla Ais..tak tau la samada menjadi ke tak cabaran aku nanti..heehee hopefully menjadi la yeee... boleh la ramai2 baca.. ye tak?

 ni dia cabaran2 yang akan aku bagi korang tahu/baca selepas ni..after this, blog aku takkann sunyi lagi (buat sementara waktu je..hahaa).. maklum la aku tengah sibuk kerja..tak sempat nak fikir tajuk apa yang akan aku tulis hari nni.. **cakap mengalahkan blogger yang famous amos dah..hoohoo =O



2. Sejauh mana anda berubah dalam masa 2 tahun sebelum ni.
3. Jenis manusia yang menarik perhatian anda.
4. Sebelum tidur anda buat apa.
5. Perkara yang anda paling benci terhadap perempuan/lelaki.
6. Orang yang anda suka dan kenapa anda suka dekat dia.
7. Kisah anda menipu orang yang susah nak lupa.
8. Sesuatu yang membuatkan anda risau.
9. Hari yang ke sembilan, apa yang jadi?
10. Pendapat tentang masalah sosial remaja sekarang.
11. status sekarang a.k.a relationship status.
12. Benda yang anda nak cakap kat ibubapa tapi belum cakap.
13. Anda rasa anda dah mencapai matlamat  atau belum.
14. Benda paling jijik pernah anda buat.
15. Minggu ini, perkara paling seronok.
16. Tiga benda yang anda rasa paling bagus tentang diri anda.
17. Benda yang paling anda takut.
18. Benda paling teruk anda pernah buat terhadap ibubapa anda.
19. Benda yang membuat anda rasa bersemangat untuk teruskan hidup.
20. Pergaduhan anda paling teruk pernah anda alami.
21. Benda yang anda akan ingat sampai bila2.
22. 10 benda yang anda rasa pelik.
23. Kalau saya kaya... apa anda akan buat
24. Benda yang anda nak cakap dekat bakal suami/ isteri anda.
25. 10 cara nak tawan hati anda.
26. Apa yang anda dah buat untuk Islam.
27. Tentang sejarah keluarga anda.
28. Cinta pertama anda.
29. Apa yang anda nak sebenarnya dalam hidup.
30. Kalau mati esok,perkara terakhir yang anda nak buat.



cukup lah setakat ni dahulu aku merapu meraban tak tentu hala ni ye.. mata pun dah nak melabuhkan tirai.. semoga berjumpa lagi ya! *aik? jumpa? never mind :p rajin2, datang la melawat blog ni semula ya! ;)

p/s = setiap entry yang aku dah update untuk setiap cabaran, aku akan link kan kat sini lah ya! 

Peace make me smiles (^_^)V

Monday, June 13, 2011

post 142~ Negeri Kelantan yang aku bangga

assalamualaikum & salam sejahtera readers! aku baru je lepas baca satu persatu blog member2 aku.. and salah satu nye ialah member aku kat matrik( aku panggil member matrik,bukannya aku berkawan kat matrik je..tapii sebab kitorang kenal time belajar kat matrik).. and guess what??  aku jumpa something yang sangat interesting. its about negeri yang aku tinggal ni..sudah semestinya KELANTAN !! lets chek it out apa kelebihan2 yang kelantan ada ya! ;) 

p/s : teks yang kat bawah ni hanyalah copy semata2 ya..heehee


1.   Kelantanese use a proper Malay word

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya


3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) 
shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.


6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.


7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar/kerap dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.


8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.


9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).


10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality




'Hidup Kelantan'




*maybe ada sesetengah orang dah baca ni kat facebook ataupun sumber-sumber info yang lain. But nevermind. Aku tetap nak kongsi benda ni dekat blog nie ! Thanks for reading ! :D*


Peace make me smiles (^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...