mulakan dengan

mulakan dengan

Sunday, June 26, 2011

post 146~ lagu yang buat aku teringat kat someone

assalamualaikum and salam sejahtera readers!

aku search lagu yang aku nak dengar kat youtube.. then, aku pun terfikir nak dengar lagu sahabat selamanya daripada Padi Band.. ni aku sertakan video lagu Padi tu.. korang hayati la lagu ni elok2 ya.. heehee aku sampaikan menitis air mata masa first2 dengar lagu ni.. aku teringat+miss sangat2 kat best fren aku sorang ni.. aku cakap kat dia tentang hal aku mengalir kan air mata sebab dengar lagu ni.. then, dia cakap kat aku, dia pun teringat kat aku kalau dia dengar lagu ni.. waaaah! terharunya aku.. betul lah orang cakap kan? kalau kita sayang kan orang, orang akan sayang kita balik.. :)


yang kat atas ni aku bagi korang dengar  ikut lirik lagu.. then, yang kat bawah ni tengok video klip dia.. :) kat sini aku bagi kat korang lirik lagu nya skali ya.. mana la tahu kot2 korang nak berkaraoke.. lagu ni kan salah sati OST Upin & Ipin.. sape yang tak minat Upin & Ipin? angkat tangan! :p


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selama lamanyaaa setiaaa



Peace make me smiles (^_^)V

Thursday, June 23, 2011

post 145~ new person in mine

assalamualaikum dan salah sejahtera readers sekalian.. :)

hari ni aku tak jalan kan cabaran aku tu ya. rasa nak update benda lain la pulak. hari ni aku nak cerita sikit apa yang aku buat.

23 Jun 2011 ni(hari ni la tu), aku ambik cuti daripada bos kat tempat kerja aku tu. maklum la cuti ikut suka hati je. nak cuti bila2 pun boleh. tapi beragak la kalau nak cuti hari2 kan? baik tak payah kerja terus kan? then, hari ni, aku ajak madam rumah aku keluar jalan2 ronda2 bandar. apa lagi.. pegi je la.. tambah2 aku baru je dapat gaji beberapa yang lepas. memang best la aku shopping sakan. eh? shopping sakan? sejak bila aku suka shopping ni? bukan shopping la, just beli apa2 yang patut je. nak shopping memang aku takkan buat la.. sebab aku ni jenis yang cerewet sikit bab2 beli membeli ni. tak macam orang2 lain. aku ni mengalah kan lelaki. setahu aku, lelaki lagi cerewet bab2 membeli belah ni. sebab tu aku cakap aku ni cerewet mengalahkan lelaki..

first2, aku keluar waktu pagi, around pukul 11 pagi. lewat ke korang cakap? aish! takkan nak keluar pukul 10 kot. macam aku pulak yang nak kena pegi buka kedai tu kalau aku keluar time tu. sebab tu aku keluar lewat sikit.. tempat first yang aku tuju ialah, PEJABAT PENDAFTARAN NEGARA. kenapa aku pegi sana ek? bukan aku baru nak daftar warga negara la.. aku nak tukar i/c aku, nak tukar kepada ic orang dewasa. aku kan dah dewasa sekarang..haahaa(muka je dewasa.. perangai tak pernah nak dewasa). yang aku geram, tukang ambik gambar kat JPN tu, punya la hampeh, senyum pun tak.. hish! geram aku dibuatnya. gambar kat i/c aku pun dah jadi tak cantik dah. dah jadi macam hantu dah.. eee geram nya.. rasa nak gigit je makcik yang ambik gambar tu. aku ni, punya la bermanis mulut, senyum bagai la, tapi dia.. senyum pun tak! then, balik after Zohor(around pukul 1.30 kot). sampai je kat rumah, aku try semua benda yang aku baru je beli tadi, aku ambik port baik punya untuk landing. mana lagi kalau katil aku kan? terus aku tidur. tak sedar apa2 pun. dengan tak solat zohor apa semua. terus aku lena. aku mula sedar pukul 3 l;ebih. tu pun madam aku yang kejutkan. kalu nak harapkan aku bangun sendiri. hmmm hampeh laa.. time aku tidur tu, aku ada jugak dengar madam aku membebel, dia cakap "orang tak cukup tidur dah tidur"


then, around pukul 4 aku ajak pulak madam aku keluar. aku cakap kat madam aku, "tak puas hati selagi tak jumpa benda yang aku betul2 nak". then, kitorang pun keluar laa. tapi kali ni, tempatnya dekat sikit berbanding tempat yang aku pegi pada waktu pagi tadi. nasib baik jumpa, and aku puas hati dengan apa yang aku beli tu. kira macam tak menyesal la aku benda alah tu.. heehee.. hajat di hati aku nak ajak pulak my boss keluar pegi pasar malam ni. kalau kat kelantan ni, "Wakaf Che Yeh" la.. mana lagi. tapi tak tau macam mana.. got to go now readers! thanks for reading ya! lainkali, datang la lagi,


Peace make me smiles (^_^)V

Monday, June 20, 2011

post 144~ cabaran 30 hari - 1

assalamualaikum and salam sejahtera readers!

hari  ni aku nak cerita pasal cabaran aku yang pertama. tajuk dia BENDA YANG ANDA BUAT MASA ANDA SORANG-SORANG. ermmm sebelum tu, aku nak mintak maaf dulu la sebab janji tak serupa bikin kan? heehee biasa la orang yang bekerja kan. *cakap macam orang gaji berjuta2 kan? :O tak salah kalau nak berangan kan?

so sekarang, aku akan cerita apa yang aku buatbila aku duduk sorang2..heehee 
   1. bila aku duduk sorang2, aku akan.. dengar lagu/muzik. sebab, aku tak boleh duduk dalam keadaan sunyi. paling2 lama lima minit je aku boleh duduk diam. sambil2 tu, aku nyanyi la sama. aku kan bercita2 nak jadi penyanyi *konon la  hati aku nak masuk AF(akademi fantasia), xcukup umur lagi, sekarang, dah cukup umur, AF pulak yang CUKUP umur,, haish! haahaa :D  kalau pun aku tak boleh nak dengar muzik, aku akan buat muzik sendiri. muzik yang aku cipta macam2 taw.. kadang2 aku betul2 menyanyi, kadang2 aku membebel *ada orang cakap, aku ni macam nenek2..huh! betul ke? -.-


   2. seperkara lagi, aku akan mengelamun. mengelamun pasal apa ek? ada pasal masa depan aku. about study aku, about kehidupan aku. and ada jugak about, teeet! heehee.. jangan fikir pelik ya! fikir about teeet tu ialah about ciri2 lelaki idaman aku laa.. :) haahaa *kepada yang dah fikir pelik2 tu, buang jauh2 ya! imaginasi tu kan membina otak kita.. :) so, aku boleh la nak dreaming banyak2 kan? lagi pun, dalam banyak2 perkara atas dunia sekarang ni, mengelamun je yang tak payah bayar kan? heehee nak masuk tandas pun kena bayar sekarang. paling2 kurang 30 sen you alls!


   3. perkara yang ke tiga yang aku buat ni, ialah TIDUR! sape yang tak suka tidur? angkat tangan! mesti korang malas nak angkat tangan kan? oke lah, cukup la sekadar cakap "aku pun suka". mesti semua suka tidur kan? everytime ada masa terluang+tak ada benda yang aku nak buat ataupun time aku tengah relax2, itu lah the most perfect time untuk aku tidur dengan lena yang teramat lagi. haahaa sure kalau pasang bom kat tepi telingfa aku pun, aku takkan sedar! dah la aku ni jenis tak ambik kisah sekeliling kalau aku tidur. aku teruskan je tidur aku. haahaa jahat tak? *langsung tak boleh nak buat menantu/ bini. nanti anak kecik menangis nak susu tengah2 malam, suami aku pulak yang kena bangun buatkan susu untuk budak yang tengah menangis tu. boleh suami aku dapat title 'suami mithali' nanti.. hoohoo :O kan untung tu.. mana lah tahu kot2 betul2 dapat title tu.. untuuuung badan.. :)


so, tu lah benda2 yang aku buat time aku duduk sorang2 yang aku dapat list kan.. *maybe ada tambahan kot, tapi aku lupa laa.. tak kira lah samada kat rumah atau kat mana2 je.. tapi tidur tu terkecuali la korang ya! takkan la aku nak tidur tak mengira tempat.. mengarut je. 

Peace make me smiles (^_^)V

Friday, June 17, 2011

post 143~ cabaran 30

assalamualaikum and salam sejahtera readers! ^_^

kalau tengok kat tajuk tu, mesti korang dah tahu kan entry kali ni aku nak tulis tentang cabaran kan? cabaran yang aku nak cakap ni ada 30.. 30 apa? jam? hari? bulan? or tahun? mak aaih! lama nya kalau bulan dengan tahun.. cukup2 la kalau setakat hari..so, ia akan jadi 30=sebulan *aku nak mengajar orang yang tak reti nak mengira masa lagi..heehee

aku dapat idea nak buat benda macam ni after aku baca blog Vanilla Ais..tak tau la samada menjadi ke tak cabaran aku nanti..heehee hopefully menjadi la yeee... boleh la ramai2 baca.. ye tak?

 ni dia cabaran2 yang akan aku bagi korang tahu/baca selepas ni..after this, blog aku takkann sunyi lagi (buat sementara waktu je..hahaa).. maklum la aku tengah sibuk kerja..tak sempat nak fikir tajuk apa yang akan aku tulis hari nni.. **cakap mengalahkan blogger yang famous amos dah..hoohoo =O



2. Sejauh mana anda berubah dalam masa 2 tahun sebelum ni.
3. Jenis manusia yang menarik perhatian anda.
4. Sebelum tidur anda buat apa.
5. Perkara yang anda paling benci terhadap perempuan/lelaki.
6. Orang yang anda suka dan kenapa anda suka dekat dia.
7. Kisah anda menipu orang yang susah nak lupa.
8. Sesuatu yang membuatkan anda risau.
9. Hari yang ke sembilan, apa yang jadi?
10. Pendapat tentang masalah sosial remaja sekarang.
11. status sekarang a.k.a relationship status.
12. Benda yang anda nak cakap kat ibubapa tapi belum cakap.
13. Anda rasa anda dah mencapai matlamat  atau belum.
14. Benda paling jijik pernah anda buat.
15. Minggu ini, perkara paling seronok.
16. Tiga benda yang anda rasa paling bagus tentang diri anda.
17. Benda yang paling anda takut.
18. Benda paling teruk anda pernah buat terhadap ibubapa anda.
19. Benda yang membuat anda rasa bersemangat untuk teruskan hidup.
20. Pergaduhan anda paling teruk pernah anda alami.
21. Benda yang anda akan ingat sampai bila2.
22. 10 benda yang anda rasa pelik.
23. Kalau saya kaya... apa anda akan buat
24. Benda yang anda nak cakap dekat bakal suami/ isteri anda.
25. 10 cara nak tawan hati anda.
26. Apa yang anda dah buat untuk Islam.
27. Tentang sejarah keluarga anda.
28. Cinta pertama anda.
29. Apa yang anda nak sebenarnya dalam hidup.
30. Kalau mati esok,perkara terakhir yang anda nak buat.



cukup lah setakat ni dahulu aku merapu meraban tak tentu hala ni ye.. mata pun dah nak melabuhkan tirai.. semoga berjumpa lagi ya! *aik? jumpa? never mind :p rajin2, datang la melawat blog ni semula ya! ;)

p/s = setiap entry yang aku dah update untuk setiap cabaran, aku akan link kan kat sini lah ya! 

Peace make me smiles (^_^)V

Monday, June 13, 2011

post 142~ Negeri Kelantan yang aku bangga

assalamualaikum & salam sejahtera readers! aku baru je lepas baca satu persatu blog member2 aku.. and salah satu nye ialah member aku kat matrik( aku panggil member matrik,bukannya aku berkawan kat matrik je..tapii sebab kitorang kenal time belajar kat matrik).. and guess what??  aku jumpa something yang sangat interesting. its about negeri yang aku tinggal ni..sudah semestinya KELANTAN !! lets chek it out apa kelebihan2 yang kelantan ada ya! ;) 

p/s : teks yang kat bawah ni hanyalah copy semata2 ya..heehee


1.   Kelantanese use a proper Malay word

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya


3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) 
shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.


6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.


7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar/kerap dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.


8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.


9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).


10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality




'Hidup Kelantan'




*maybe ada sesetengah orang dah baca ni kat facebook ataupun sumber-sumber info yang lain. But nevermind. Aku tetap nak kongsi benda ni dekat blog nie ! Thanks for reading ! :D*


Peace make me smiles (^_^)V

Friday, June 10, 2011

post 141~ macam mana nak ubah ya?

assalamualaikum & salam sejahtera readers! and tak lupa jugak salam satu Malaysia..heehee


hari ni aku nak cakap pasal swing mood. sebab aku ni jenis mood swing sikit(eh betul ke sikit? heehee) xpe la..buat2 sikit la yer! haahaa..

macam mana nak ubah or nak cover mood swing ni ek? aku tak pandai la.. sebab kadang2, mood aku boleh berubah dalam sekelip mata je.. dengan tiba2 je mood aku yang happy and periang tu, terus berubah jadi seorang yang moody and sangat2 sedih.. sometimes tu aku boleh marah semua orang sekeliling aku, sedangkan aku hanya marahkan seorang manusia sahaja.. Alhamdulillah setakat ni, aku masih dapat mengawal mood marah aku. sebab aku tahu macam mana perasaan tiba2 dimarahi tanpa apa2 sebab. boleh jadi nak marah giler kat orang yang tiba2 marah kat aku..haahaa

so, aku nak mintak pendapat korang macam mana nak ubah nya kalau korang ada cara2 nak ubah.. hope korang boleh la tolong aku atasi masalah aku ni.. tengs frens! :)

Peace make me smiles (^_^)V

Thursday, June 09, 2011

post 140~ apa akan korang jawab or cakap?

assalamualaikum dan salam sejahtera readers semua! 

sekarang aku nak tanya pendapat korang semua la kan.. apa akan korang buat kalau korang pernah pendam perasaan kat someone ni, tapi tak kesampaian sampai ke hari ni(tak kesampaian tu yang sampai ke hari ni bukan korang suka kat dia sampai hari ni). then, ada orang tanya korang about someone yang korang pernah minat or suka. lebih kurang macam dia suruh kita story mory la kat dia. tapi korang sebenarnya tak nak ada orang tahu pun about this. mesti korang tak cerita kan?

sumber~ mestilah google punya..haahaa

kalau aku kat situasi ni? mestilah aku tak kan cerita punya! kalau aku terasa nak cerita sangat pun, aku akan cerita kat member kamcing aku. satu per satu aku akan cerita kat dia walaupun dia dah boring dengar benda yang sama je setiap kali aku nak bercakap. tu pun kalau aku tak bole=h tahan sangat nak pendam la.. selagi aku boleh tahan nak pendam perasaan nak cerita sana sini, i will keep it quietly. ^_^

p/s : kenapa entry ni merapu meraban sangat ni? aish! jap2 nak tengok jam. patut la meraban tak tentu pasal. dah pukul 4:45 rupanya.. ish3.. oke guys! gua chow dulu nak pegi tido la.. 

Peace make me smiles (^_^)V

Monday, June 06, 2011

post 139~ 'seekor katak' tersentap setelah sekian bertapa di bawah 'tempurungnya'

haaa! sekarang ni tangan dan hati aku ni yang rasa GATAL ya adik2 sekalian
jangan la nak fikir pelik2 ya! tak baik fikiran tu di bawa 'melancong' ke tempat lain
tambah2 dah lama aku tak online..jadi macam katak bawah tempurung lah pulak aku rasa
sebab tu aku tulis katak kat tajuk entry

first2 aku taip entry ni, dah panjang berjela dah
tapi aku delete balik and aku taip yang lain
 sebab? aku rasa macam tak lengkap je entry yang aku dah taip tu walaupun dah berjela2

ok. apa2 pun, mata aku malam ni lambat sikit nak tertutup berbanding dengan malam2 sebelum ni
so, kalau dah lambat nak tutup mata tu, terus lah aku buka blog member2 aku
dan termasuk jugak sayangs(member pompuanaku lol) aku sekalian.

bila aku teliti setiap butir bicara(waduh waduh ayat) dalam blog sayangs aku,
aku amat jeles sedikit ya! haahaa
cuba teka kenapa ek?
salah satu sebab, dalam blog diorang, cerita sweet mweet diorang ngan pakwe diorang
mana tak jeles wey..mesti lah jeles kot(tapi bukan nak jeles dengan pakwe dia..haahaa)
mesti lah nak sweet mweet dengan pakwe sendirikan?
tak kisah lah sweet ke pahit pun..
yang penting 'dia' jaga kita..betul tak?


jeles satu hal..then, rasa terkilan tu ada jugak sikit..
tapi maybe aku je kot yang rasa macam tu sebab aku rasa macam aku ni terpinggir daripada korang2(my sayangs) semua..
kadang2 tu, aku rasa macam aku ni tak tergolong pun dalam list "sayangs" korang tu..
although korang memang letak pic aku as korang punya sayangs dalam blog korang.
sebabnya, kadang tu(aku rasa bukan kdang2 kot..tapi most of the times), nama aku tak tertulis pun dalam apa yang korang ceritakan.
maybe im not the one on the same level as you all
aku tak lah sefamous and secantik serta pandai bergaya seperti korang
(so memang patut lah aku dipinggirkan kan)
and one more thing, kalau tak percaya dengan apa yang aku cakap ni,
cuba korang perhatikan pics kita masa kita keluar bersama
cuba korang bandingkan pics yang ada muka aku dengan pics yang tak ada muka aku
mana yang lagi nice? (yang dah di edit tidak diambil kira)
yang tak ada muka aku yang lagi nice kan?
tu la tanda nya aku ni perosak gambar dan juga tak setaraf dengan korang2

im the shortie one

niat aku bukan nak cari publisiti or rasa kasihan daripada korang ya!
(harap maklum)

ni kan blog aku! suka hati aku la nak tulis pasal apa pun
oh! aku lupa pasal aku cakap kat atas tadi yang kadang2 korang tak mention nama aku tu,
tu korang punya hak la kan kan? sebab tu kan korang punya blog
aku hanya pembaca je..tengok je la..
bukannya aku nak setiap entry tertulis nama aku tapi entry yang sepatutnya termasuk nama aku, tapi tidak termasuk tu lah semakin(bertambah tambah tambah terkilan) buat aku terasa sebak..

that all episod sedih aku untuk malam ni..
lain malam, kalau ada lagi, aku tambah pulak lah ya!
haahaa..

Peace make me smiles (^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...