mulakan dengan

mulakan dengan

Saturday, January 05, 2013

161. selamat hari tua kawan ku


Happy Birthday Asmida !!

..semoga panjang umo..dimurahkan rezeki..berjaya dalam segala hal..
CHILL YAWW!  (^_^)V
selamat menjadi orang tua dalam batch kita ye as.. mueeheehee even kau paling kecik, tapi kau lah yang paling tua selepas sheila antara kitorang.. 

nasib baik la aku tengah tak sihat+tak larat skang ni..kalau tak, memang habes la aku kerjakan kau semalam as..tambah2, aku konsider minggu ni minggu exam.. sebab ramai nak study.. tapi boleh je kalau aku nak buat jugak..

nak tahu tak ape yang aku rancang nak buat? aku ingat nk bagi as mandi tepung+telur.. terus as jadi lempeng ataupun pancake.. sedap gak makan..peanut pun aku dah ada dah dalam loker aku ni..

tapi, as jangan bimbang lah yeee..aku tengah jadi orang baik sekarang ni.. benda2 alah tu, aku tolak tepi dulu sebab aku konsider kau ada exam esok.. baik tak aku? walaupun still lagi ada niat jahat

kalau ingat balik zaman celebrate birthday aku masa sekolag ngan matrik, memang seronok.. 

masa sekolah menengah (Teknik Bachok) : semua budak dorm aku buat perjumpaan untuk sesi luahan hati atau time tu kitorang panggil posmorterm(taktau eja macam mana..hehee).. dah la kebetulan esoknya ada exam.. bleh plak diorang main2 ngan aku.. then, diorang semua attack aku.. semua cakap tak puas hati ngan aku.. lepas sorang sorang..sorang tak habes nak cakap lagipun, yang ke dua terus menyampuk.. stress aku time tu.. jahat sangatkah aku ni, sampai semua orang nak terasa hati ngan aku? ---> then, after jam dah lepas pukul 12 tengah malam pada tarikh lahir aku, semua sekali wish birthday aku kuat2.. sampai nanges2 aku..sebab terharu..before ni xde orang celebrate beday aku sampai macam tu skali.. pastu, semua confess kat aku, semua tu cumalah rekaan, diorang tak ambik hati pun, cuma ambik benda tu sebagai motif nak kenakan aku..  thanks a lot friends [F302 2008]  :)

masa matrik (Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka) : time ni, semua member2 aku, tak berapa nak menggila sangat dengan aktiviti2 celebrate birthday ni..sebab dah kena warning ngan penjaga blok sebab bising.. haahaa so, aku terlepas ngan semua tu.. aku dapat banyak makanan sebagai hadiah daripada member2 terdekat.. mentang2 la aku ni makan banyak kan 
tapi, aku still lagi ada kawan yang daripada teknik bachok..so, perangai 'jahat' daripada teknik tu still lagi tertanam kesumat dalam hati nuranni dia.. budak tu nama dia, Ateeq Medina.. pandaaai je dia mengumpan aku untuk ke blik dia time tu, konon2 nak aku temankan dia pegi mandi sebab kat aras dia, takde orang langsung time tu..so, dia takut nak g mandi sorang2.. memandangkan aku dah kenal hati budi badan kaki tangan dia, so aku dapat bau sehingga ke lubuk hidung aku, niat dia nak kenakan aku.. sebab memang aku sedar time tu 28hb.. aku tolak pelawaan dia..tapi, last2 aku pegi jugak sebab aku kesian kat dia.. biasalaaa kawan.. -->aku baru je nak melangkah masuk ke dalam tandas, aku rasa something yang pelik.. terus aku kena simbah ngan susu basi dengan budu.. yaacckk!! GELI! BUSUK! naseb baik kena sikit je time tu, sebab aku sempat lari.. semua ni, dia berpakat ngan budak bilik dia.. terpaksalah aku mandi buat kali ke dua dalam masa tak sampai 1 jam..sedangkan aku baru je lepas mandi masa dia panggil aku tu..

ape pun, tu antara moment birthday aku yang aku tak dapat nak lupakan..sampai ke hari ni aku still ingat.. in syaa Allah aku akan ingat sampai ke hari tua or akhir hayat aku.. tu pun kalau aku tak nyanyuk..heehee


#p/s : As nak merasa jugak ke macam ni? muaahaa :p


senyum sokmo ^_^

160. exam exam and exam

assalamualaikum w.b.t..jawab salam dulu tak jawab, berdosa taaaww..

selepas sekian lama blog aku ni kesunyian, dah la dengan menjenguk pun tidak, apatah lagi nak update.. baik tak payah ada blog lah macam ni pija oooii!! 
lepas satu sem berlalu,macam2 benda yang aku lalui.. hish! kalau nak cerita, memang jenuh membacanya.. larat ke mate kome nak membace nyeer? haahaa ate cakap perok pulok..

aku update blog kali ni, bukan nya ape..saje suka suka..sebab mata aku ni dah tak larat nak menghadap buku wat masa sekarang.. lagipun, dah petang.. member2 cakap, petang2 tak elok study.. .aku pun tak tahu kenape.. maybe sebab badan kita dah seharian buat aktiviti, so badan kita jadi letih and untuk terima input masuk lam otak kot.. pandai2 je aku buat falsafah yang tak bertauliah aku ni..haahaa


minggu ni, budak degree UiTM dah start exam dah..tak silap aku, paling awal 2 Januari kot.. aku pulak, start 6 Januari.. tak best plak rasa start lambat ni.. mesti korang pelik kan..nape aku cakap tak best start exam lambat..? sesetengah orang, kalau exam lambat, adalah masa untuk study.. yes!! betul..aku tak nafikan.. tapi, aku JELES tengok orang duk update status.. "satu dah tumbang..tinggal lagi 4".."5-1=4..4paper to go".. "subjek bla bla bla dah boleh tutup buku..dah habes..yeah!".. bla bla bla.. macam2 lagi lah status yang aku baca.. seronok pulak tengok orang dah habes satu paper nih.. aku ni, esok baru lah start macam mana exam nya.. sape yang tak jeles meh kalau orang lain dah hamb\pir nak merdeka dah..kita je lagi yang tengah study bagai nak rak..

alah, aku bukan nya nak jeles sangat pun.. aku exam 4 paper je pun sem ni.. ayat nak sedapkan hati walaupun sangat jeles.. lepas tumbang satu..tinggal lagi tiga..takde istilah 5 bagi aku untuk semester ini.. heehee

hari last exam aku, 16 Januari ni.. and 17 Januari ni, aku akan pegi medical checkup untuk pegi ACT(annual continuous training) nanti.. hah! before tu,aku ada kenaikan pangkat 12 Januari ni kat KDSK (KD Sri Klang)..lama gilee aku ngan budak batch aku jadi kadet.. setahun setengah kott.. tapi kami seronok walaupun jadi kadet.. kalau boleh jadi kadet forever pun, kitorang sanggup..haahaa

sekian sahaja buat masa sekarang aku update pasal exam aku ni.. nanti aku rajin2kanlah diri aku nak update lagi blog ni.. walaupun penulisan aku tak la menarik, tak sehebat bloggers yang lain.. bukannya aku nak bertanding penulisan ngan diorang pun.. blog ni, hnaya lah sekadar tempat untuk aku suka suki nak meluahkan rasa hati..


senyum sokmo ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...