mulakan dengan

mulakan dengan

Saturday, April 23, 2011

post 137~ bleeding finger

 ermm..sangat2 sedih shocked today..
jari manis belah kiri aku berdarah
dah la berdarah tak berhenti2..
waaa! rasa macam nak nangis je..
tapi cover line, sebab aku pikir yang aku ni dah besar panjang
malu kat adik aku kot..
nanti dia bedal tanya aku macam ni
"k.long..kenapa nangis?"
masak aku nak menjawab nya..kalau aku jawab
"jari luka"
aku sure, confirm and confident dia akan gelak tak ingat dunia
so, better aku dok senyap je kan?

tengah2 darah rancak berlumba2 nak keluar daripada badan aku,
mak aku terus suruh aku angkat tangan tinggi2 untuk kurangkan pendarahan tu
terus aku angkat..then2...
tangan aku pucat sangat2..huh!

jari aku boleh berdarah tadi sebab, aku tengah mayam bawang putih
tahu tak apa mayam tu?
(mayam=hiris bawang tak kira la bawang apa2 pun tapi dihiris halus2)
mesti korang cakap aku ni tak penah wat keje kat dapur kan?
sampaikan time potong bawang pun jari boleh berdarah..betul tak?
wey! agak la nak mengata aku pun..
PISAU yang aku guna tu baru kot..
baru sehari ada kat umah aku
pisau tu beli time malam khamis..kat pasar malam
(hah! hambek kau aku cerita satu persatu)

oke lah..kalau korang vakap tu semua alasan,
korang punya hal lah ye..
janji korang hepy dengan korang punya assumption..ok?
 ok lah, aku nak bagi jari aku rehat jap..haahaa
ada ke jari nak rehat?
setahu aku kalau demam je body mintak nak rehat

Peace make me smiles (^_^)V

Friday, April 22, 2011

post 136~ Terima kasih untuk tips berguna

assalamualaikum dan salam sejahtera readers!

buat masa sekarang, aku nak berterima kasih kepada cik epal
sebab dia dah bagi tips2 yang sangat berguna tuna
nak tahu apa tips yang dia bagi?
meh sini kita pakat2 baca eh..
tips yang dia bagi ni, boleh je mana2 blogger nak baca..
tapi aku rasa, entry ni lebih dikhaskan untuk newbie(termasuk aku lah tu)
mekasih bebanyak taw!
after aku baca entry dia yang tu,
teus aku masuk ke blog design aku, then aku buang lagu fevret aku
aku baru je letak semalam..
(sebenarnya aku dah lama buang lagu, tapi semalam gatal tangan nak letak lagu..heehee)

before ni aku dah penah baca entry2 yang macam ni,
tapi aku lupa kat mana..(kalau tak silap kat blog cik elia kot)
kat entry tu ada lah aku terbaca kat orang2 komen..dia cakap,
"guna standard font macam arial or times new roman je sebab semua PC ada default font ni"

kalau dulu, aku degil,
baca entry2 macam gini, aku wat derk je..wat tak taw je
tapi sekarang aku dapat rasa macam mana perasaan pembaca2 blog
kalau dalam blog tu ada :
1. lagu/music-sesetengah blog tu asyik ulang lagu ynag sama je..boring kot

2. widget banyak terlampau- aku dulu pun penah buat. maklumlah budak baru nak up dalam dunia blogger, semua benda nak letak dalam blog,after tu aku sedar blog aku sangat3 berat untuk dibuka(sebab terlalu banyak widget). kalau internet macam cheetah tak pe lah jugak an, tapi kalau internet macam nenek ciput? hampeh orang nak menunggu buka blog.. ye tak?

3. tulisan pelik2- sesetengah blog yang aku singgah, ada yang tulisan entah apa2. menyakitkan mata aku je nak baca. kalau kena time aku jahat, terus je aku tekan 'X' kat hujung belah kanan tu..ngeh3(sejak bila kau baik pija? haahaa)

4. tulisan kecil- yang ni aku paling sakit hati, yang ni pun menyakitkan mata aku jugak. alih2 aku jugak yang kena kecil kan mata aku yang tak berape nak sepet ni kalau nak baca. -,-

5. tulisan kaler2- kalau bab2 tulisan kaler2 ni, aku pun penah buat jugak. tapi takde lah sampai terlampau banyak sampaikan semua kaler nak letak lam satu entry.(yang tu memang melampau! -.-) kalau setakat nak buat as pemisah/ perbezaan antara tajuk utama dengan huraian tu tak kisah la kan? and satu lagi kalau nak membezakan antara satu kisah dengan satu kisah yang lain..never mind lah kalau yang tu..takde lah kisah sangat..

6. bahasa entah ape2- tak semua faham bahasa yang kita tulis kalau kita taip dalam entry kita ikut suka hati kita. memang la blog tu kita yang punya, tapi sape yang nak baca? so, better gunakan bahasa standard.kalau guna bahasa singkatan yang common(orang biasa guna), takde lah orang kisah sangat.tapi kalau dah macam taip sms, memang melampau tambah2 lagi kalau pembaca blog tu tak paham apa yang penulis tu nak sampaikan.

yang ni aku nak tanya lah, sape2 boleh tolong jawabkan tak?
kalau antara entry yang ditulis secara penuh(cara penulisan nya)
(macam blog cik epal ngan blog jejari runcingand blog cik nathrah)
DAN
tulisan yang ditulis kat tengah2(macam entry2 aku ni)
apa perbezaan dia ek?
ada masalah tak kalau dengan cara penulisan yang ni?

p/s : kalau sape2 yang ada terasa ngan entry aku kali ni,
minta maaf bebanyak taw..tolong maaf kan aku ya!

Peace make me smiles (^_^)V

Thursday, April 21, 2011

post 135~ almost accident

sekadar gambar hiasan..sumber:google
assalamualaikum dan salam sejahtera readers!
semalam kan aku janji aku nk buat entry pasal  perjalanan pulang aku..
so, hari ni kau akan tunaikan nya..

on the way balik ke kelantan tu, abah aku drive alone along the journey tu
kuat kan abah aku?
dah la time datang tu, dah drive sorang2
balik pun dia drive sorang2..
sebab tu lah aku sayang abah aku.. ^_^
kitorang just rest kejap je
berhenti kat masjid sultan mahmud kat pahang untuk rest2 jap and solat asar

masa kitorang on the way,
dua kali kitorang nyaris2 nak accident
tapi alhamdulillah segala selamat
sebab kebetulan time nak jadi tu, abah aku pandu kereta slow je
dua2 accident yang nyaris2 nak jadi tu sebab kereta yang bertentangan arah nak memotong

ada satu kereta yang nak memotong ni(scene first)
dah la kereta dia tu baru je lepas naik bukit
pastu terus memotong
aku heran betul la..macam mana diorang dapat lesen ek?
lesen beli lah kot..haahaa

after tu, skali lagi kitorang nyaris nak accident 
sebab ada sebuah kereta yang memotong main ikut suka hati diorang je
sedangkan diorang dah nampak kereta kitorang kat depan
tapi kereta tu still jugak nak memotong
sekali lagi..kebetulan abah aku bawak kereta slow and nasib baik jugak ada banyak ruang kosong sebelah jalan yang aku lalu tu..(syukur alhamdulillah)
terus aku cakap kat ma ngan abah aku
"dio loghat tu, emergency nok masuk jambe"
(translation: dia nak cepat tu..emergency nak masuk tandas)
korang paham2 sendiri lah apa yang aku maksudkan emergency nak masuk tandas tu ya! :p

terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kat ma ngan abah aku sebab sanggup datang ambik aku
dan tinggal kan lagi dua orang adik aku kat umah(kelantan)
semata2 nak datang ambik aku je
kalau budak dua orang tu datang, confirm tak muat barang2 aku nak buat balik
maklum la aku ni kan..semua benda nak buat balik
kalau boleh, dengan loker2 kat bilik tu pun aku nak buat balik..haahaa
satu lagi, aku nak mintak maaf kat adik2 aku yang kena tinggal kat umah tu ya!
kesian kat korang kena tinggal..heehee

p/s : ni je lah kot yang aku nak citer..dalam banyak2 scene, 
bahagian ni je aku ingat
(yang lain nak ingat macam mana kalau dah tido je memanjang.. :p)
ma ngan abah aku dah paham dah aku kalau aku naik kereta
tak pelik kalau aku tak sedar apa yang jadi sepanjang perjalanan

Peace make me smiles (^_^)V

Wednesday, April 20, 2011

post 134~ entry tak bertajuk

kerugian + hampa yang teramat buat masa sekarang..nasib baik ada phone boleh contact2
assalamualaikum and salam sejahtera readers!
entry kali ni bukan betul2 tak bertajuk, cuma aku tak tahu nak buat tajuk apa
so, aku buat la "entry tak bertajuk"..haahaa
first of all aku nak bagitaw yang entry ni adalah entry berani mati aku !(ika..after kau baca entry aku ni, sila msg kat aku ya! :p)

entry kali ni pun bukan sekadar entry kosong yang aku nak merapu tak tentu pasal
(mentang2 lah korang tengok tajuk entry entah ape2 kan?)
yang nak baca tu, keep going ya! btw, tengs!
before tu, aku nak mintak maaf awal2 sebab entry ni agak jiwang miwang sikit

oke hari ni aku nak cakap sikit yang aku dah pun sampai kat umah tercinta aku ni dengan selamatnya
nanti pasal perjalanan pulang aku tu, aku cerita dalam next entry la.
entry ni agak special skit..(special ke?)

sesampainya aku kat umah ni, maknanya aku berjauhan daripada seorang hamba Allah ni..
iaitu seorang hamba Allah yang aku SUKA
(i will never mention his name in here..biar orang nya and orang tertentu yang tahu dulu :p)
after habis matrik, memang aku takkan dapat jumpa dia dah
sebab kami tinggal lain2 negeri
aku kat kelantan and dia pulak kat pahang
sangat jauh ya!

p/s:yang ni monolog dalaman aku..
tu lah kau pija, masa kat matrik dulu,
time jumpa dengan dia, kau taknak try tegur dia
malu la apa la semua ada
ha! sekarang dah melepas baru padan muka kau..

waaa! nak nagis la macam ni kalau diri aku sendiri pun cakap padan muka kat aku
(tapi memang padan pun muka aku, takde cacat pun..haahaa-not the time for joke pija!)

hubungan jarak jauh je lah yang aku mampu..tu pun kalau "dia" sudi.. :(
tapi aku takde la rasa sangat2 hampa, sebab at least aku telah buat something yang sangat berani
first time in my life kot wey!
at least, aku dah dapat no phone budak tu and aku msg kat dia
so, melalui tu, aku contact dengan dia
kalau bertembung dengan dia kat mana2 dalam kolej tu,
sedaya aku taknak pandang muka dia..malu siot!
sape yang tak malu hah? nak pandang orang lama2?
nanti kantoi pandang lama2 kang, naya aku..
tak tahu nak sorok kat mana lah muka ni time tu kan?

hopefully "dia" tak benci kan aku lah ya!
kadang2 tu.(bukan kadang2 tapi selalu pun)
aku akan msg dia..
macam tadi, aku sampai je kat umah, aku bagitaw dia yang aku da sampai
tu pun after aku bagitaw my BFF..
kiranya dia orang second la..heehee
(eleh pija..kau ni buat dia tu macam pakwe kau pulak..dia tu anggap kau tu member je pun..tak payah nak melebih2 lah!)
oke, fine! ada suara dalaman cakap kat aku macam ni,
so,aku follow je la suara hati aku tu,
maybe betul cakap suara hati aku tu..
hati aku pun selalu cakap
"even kita suka kat orang pun, belum tentu orang tu akan suka kat kita..so jangan nak berangan tinggi pija!!"
aku ni jenis degil +keras kepala sikit
kadang2 aku dengar cakap suara hati aku tu, kadang2 tak langsung..haahaa

so, daripada sini korang dapat tahu lah kan kenapa aku wat tajuk entry ni
"entry tak bertajuk" kan?
before ni, kalau aku nak lupakan something,
aku akan try dengar lagu..and aku lupa pasal prob aku tu kejap

aku akan try layan lagu2 jiwang untuk melepaskan resah dalam hati aku ni(ayat tak bleh blah..haahaa)

p/s : kepada hamba Allah tersebut, rasanya saia akan bagi awak baca entry ni..
terima kasih sebab sudi baca entry merapu meraban saia ni ya!
and tengs jugak coz, sudi layan saia yang banyak songeh ni
(selalu anta msg kat awk kan? even awk tak reply pun)
ada rasa serabut tak? kalau ada rasa macam tu,
terus terang je la dengan saia,terus send msg macam ni kat saia lepas awak baca entry ni ya?
"jangan buat serabut dengan aku boleh tak? aku tak de masa nak layan ka..baik aku layan awek aku lagi bagus daripada layan ka"
ok? haahaahaa.. ^_^

Peace make me smiles (^_^)V

Tuesday, April 19, 2011

post 133~ good luck guys!


assalamualaikum and gud morning readers!
(haih..pagi2 lagi dah ada entry daripada kau pija!)
takpe2..sabo je la kalau ada yang cakap macam ni..
entry aku kali ni aku tujukan khas kat member2 aku yang ada kat U(universiti) sekarang
nape aku nak tujukan entry ni kat diorang?
ha! baca lah sampai habis..baru lah tahu

GOOD LUCK aku ucap kan kat member2 aku yang akan menduduki FINAL hari ni
kalau tak silap aku MATH rasa nya(kalau salah..mintak maaf lah ya!)
good luck ni bukan untuk hari ni je
tapi untuk hari2 seterusnya jugak lah..
kan starting today, so entry ni ditulis pada pada hari exam tu start
especially buat NUR AIMI DARUS..
do ur best sayangs! i know you can do the best..
lupakan segala masalah anda wat sementara waktu ni ek..

oke..aku dah kehabisan ayat nak dikarang dah
maknanya aku kena stop lah..

p/s : all the best for all of you!

post 132~ tinggal sehari lagi ke penghujung

assalamualaikum dan salam sejahtera readers!

hari ni aku nak beremosi2 sikit..ngeh3
aku nak cerita pasal matrik life aku sikit ni..
memandangkan hari ni ialah hari selasa, so tinggal sehari lagi untuk aku stay kat sini
(*maksud aku, budak2 matrik, bukan aku sorang je)
sebab hari rabu(esok) kitorang dah kena berangkat pulang..(waah! skema punya ayat!)

amaran : entry ni panjang..kalau taknak baca, sila klik tutup window ni ya! ;)

so, sekarang aku nak sharing sikit hal2 yang jadi kat aku sepanjang aku kat martik ni
(sbenanya aku nak cerita pasal member2 aku kat sini..heehee)

first of all, i want to talk about AIDA and IKA
they are my first friend (i mean best friend) when i'm here..
thanx a lot sebab korang boleh tahan ngan perangai aku yang entah apa2 ni ya!

aku and aida time makan KFC
on the same day but with ika
dulu aku dah penah cerita dah pasal diorang ni kat entry yang ni,
so aku taknak cerita panjang2, korang baca lah kat entry yang satu lagi tu
(dah memang pemalas tu, tak payah nak bagi alasan lah pija.. :p)

then, after aku kena pindah bilik tu,
tambah satu lagi member kamcingg aku kat matrik ni
aku panggil dia BIE
bukan korang yang ada pakwe/makwe je boleh panggil pakwe/makwe korang as bie
aku yang takde ni pun boleh panggil panggil bie ni
iaitu member aku ni..
ni lah bie aku.. :)
after kitorang masuk kelas, ada kuliah apa semua,
aku start kamcing dengan KET and APIN @ ALONG(panggil along sebab dia lahir bulan 1)
nak kata kitorang satu lecture, tak..dengan ket je yang kami satu lecture
kalau nak cakap satu bilik, lagi lah tak..
kitorang boleh kamcing je macam ni, IKA tu satu kelas dengan KET and diorang kamcing,
aku pun turut sama kamcing dengan ket tu,
and yang along pulak dia sebilik ngan ket,, so kami pun kamcing la..
(haish! panjang pulak huraian aku ni)
lagi pula, along ni satu kos dengan aku(kejuruteraan mekanikal)
so, tak susah untuk kami sesuaikan diri..haahaa
yang pakai spek tu ket, and yang belakang aku tu lah along
punya lah lama kat sini,
balik kelantan, datang sini balik..ulang alik ulang alik,
aku mula lah kenal dengan budak yang namanya AYEEN tapi aku tak tahu kenapa aku suka panggil dia BUYEEN
kebetulan dia ni budak daripada kelantan and dia pun kepala pusing macam aku jugak,
so, takde lah awkward untuk aku rapat dengan dia
kepala sama2 gila aku dengan dia ni
(tak taw la kalau2 aku ni lagi gila daripada dia..haahaa)
ni lah buyeen tercinta aku tu
tapi kami ada persamaan yang sangat2 ketara
persamaan tu lah yang membuatkan kami KAWAN sampai sekarang
kami ni sama2 KEPALA PUSING and sama2 SUKA GELAK
(aku buat besar punya tu..sebab gelak ialah feveret kami)
kalau kami dah gelak, haish! 
DUNIA INI KAMI YANG PUNYA(perumpamaan sahaja)
sampai tak hengat kat orang kalau kami gelak
boleh sampai tekan2 perut sebab senak sangat perut asyik duk gelak
kadang2 tu sampai terguling2 atas lantai sebab tak tahan dengan lawak2 yang kami sendiri buat
lawak kami bukan lah lawak bodoh semata
tapi itulah kami sebenarnya..lawak spontan yang tak dijangkakan oleh kami sendiri
takde makna nya kami nak gelak macam ni..
tapi, semua gelak tawa kitorang ni, bakal berakhir esok starting pukul 11.10 pagi
(11.10 pagi tu kami baru dibenarkan keluar pagar kolej)
i will miss this memory with all of you
aku mula jadi seorang budak yang suka gelak sakan starting aku masuk matrik ni
korang semua sangat2 menceriakan hari2 aku kat matrik ni
terima kasih banyak2!
korang juga lah yan berjaya mengubah aku kepada diri aku yang sekarang
perubahan apa? biar aku sahajalah yang tahu
seperti lagu siti nurhaliza tu..biarlah rahsia..

aku pun sangat2 bersyukur sebab jumpa kawan2 macam korang kat matrik ni
aku aspect, aku akan dapat kawan macam aku kat sekolah lama2 dulu
kawan yang lupa kawan bila dah senang..
hope korang bukan macam tu la ye..
dah. aku tak tahu nak cakap apa dah
nanti kalau panjang2 lagi kang, meleleh pulak air daripada tubir mata aku ni
nanti lain kali je lah meleh tu ya! heehee

last word from me:
never forget me ya!
maafkanlah aku kalau aku ada buat korang terasa hati or aku terkasar dengan korang
keep smiling although we are not together
keep in touch bebeh!

Peace make me smiles (^_^)V
p/s : kalau dah lama2 tak contact tu, jangan ah lupa 'ore kelate' ni pulak ya! ;)

Saturday, April 16, 2011

post 131~ jom berblog walking dengan mudah

Blogwalking

assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian ya!
hari ni aku banyak berblog walking..heehee
macam2 blog yang aku jumpa..
blog ya aku selalu visit tu, ofkos la aku tak lupakan..heehee
pastu, time aku tengah beblogwalking tu,
member bilik aku cakap, kalau nak senang blogwalking, try r usha blog dia macam mana
then, aku buat la apa yang dia suruh tu
aku join "blogwalking widget" ni..
aku dapat source ni daripada ni ya..
jom klik kat sini kalau nak tahu..

ao, kalau sape2 yang nak join macam aku jugak,
masuk lah blog dia, and buat macam yang dia suruh..
senang je.. jom sama2 buat! (^_^)v

Friday, April 15, 2011

post 130~ mengimbau masa lampau

my first and last friend at matric
ika..aida..pija
assalamualaikum dan salam sejahtera readers!
hari ni aku tak tahu nak update entry pasal apa.
so, aku pun nak berjiwa-jiwaan sikit
tiba2 datang idea nak update pasal ni..

so, sekarang ni aku nak cerita sedikit sebanyak pasal kitorang
kitorang first kenal sebab kitorang ditempatkan dalam satu bilik
"BLOK SITI KHADIJAH BILIK 103"
tu lah 'alamat rumah' sementara pertama aku..
masa first masuk matrik ni, aida ngan aku sekatil (katil double decker la)
kitorang kena duduk 6 orang satu bilik termasuklah ngan ika, biah, arlina and la..

then, lebih kurang dalam sebulan..(aku pun dah lupa berapa lama)
penyelia kolej kediaman kami cakap kena 4 orang je dalam satu bilik..
so, disebabkan nama aku and ika yang 2 last masa daftar masuk bilik tu,
so, aku dengan ika lah yang kena keluar daripada bilik tu..
after tu 'alamat sementara' aku sampai habis matrik ialah
"BLOK SITI KHADIJAH BILIK 109"
jaraknya takde lah jauh sangat pun daripada bilik lama tu
boleh je nak pegi lepak2 kat bilik lama tu..
tapi tak syiok la sebab tak berapa kamcing kalau tak satu bilik..
so, segala benda aku akan share dengan ika.
ika knows everything about me(menipu kalau semua kan?ada lah sikit yang dia tak tahu)
thanks ika for be my side every time
and thanks sebab kau dah ubah perwatakan aku
kau ubah aku jadi seorang pija yang sangat periang dan jugak seorang yang keras hati
walaupun before ni aku dah pun keras hati and periang, tapi after aku jumpa kau
aku boleh/dah  jadi lebih daripada tu

after habis minggu orientasi (seminggu meletihkan diri)
kitorang pegi makan bersama,time ni bilik tak terpisah lagi
and we got memory for that moment
the most PRECIOUS MOMENT for me at this matric
kat sini aku bagi korang tengok kenangan aku tu ya..

gambar blur sikit sebab time ni malam
aku namakan pic ni sebagai.. AIDAMEKA sempena aida..me..ika..
habis dah aku nak beremosi..
maklum lah dah nak abis matrik dah kan..
tinggak beberapa hari je lagi..tak sampai seminggu pun
hari rabu ni, terus balik la ke kampung halaman aku(kampung lah sangat kalau kat pusat bandar tu kan?)
semua ni akan tinggal kenangan la dalam kotak memory aku.. ^_^

Thursday, April 14, 2011

post 129~ sambungan.. putus kawan

PUTUS KAWAN? macam pecah gelas ke?
ingat lagi tak yang aku cakap aku akan sambung entry aku dalam entry seterus nya?
jangan lah cakap korang dah lupa ek?
banyak makan semut ka apa?
elakkan lah makan/minum makan yang 'dimakan' oleh semut
untuk elakkan hilang ingatan *mitos semata
kalau yang dah lupa atau belum baca lagi

oke! dah habis baca dah?
meh aku sambung pulak eh..
first2 aku nak tanya senang ke nak putus kawan ni?
dia sama dengan potong buah epal ke? *ambik epal just sebagai contoh
kalau bagi aku, memang tak lah..
tapi bagi korang, confirm korang ada pengalaman sendiri kan?
pengalaman mendewasakan kita *tambah idioms sikit..ngeh3


apa yang buat korang rasa annoying sangat2 dengan kawan anda?
1. asyik bercerita pasal dia je..pasal kita taknak pulak dia nak dengar
2. asyik2 nak bangga diri..*tak kisah lah pasal apa pun ya..banyak aspek laak aku nak listkan kat sini
3. kadang2 tu merendah diri adalah baik, tapi kalau merendah diri yang meminta untuk dipuji, kalau bagi kat aku, bagi salam la wei..
4. mulut tak pernah ada insurans.. main lepas je apa yang dia rasa nak cakap *kalu aku oke je..lantak kau la nak cakap apa pun selagi apa yang kau cakap tu tak menyentuh hak peribadi aku
5. time suka je ada bersama ngan kita, then time kita susah terus peagi cari member lain..kita yang dalam kesusahan yang konon nya boleh harapkan member tu, terpinga2 *dah banyak kali aku kena yang ni
6. atau yang ni... time dia takde kawan, baru lah mula nak cari kita.. kalau dia ada member sebelah dia, sebelah mata pun dia takkan tengok kita ni.. *aku sangat2 berpengalaman untuk kes yang ni.tambah2 time zaman sekolah dulu. sekarang dah lali dah pun. lantak kau lah nak buat apa pun.
7. asyik kena kutuk je.. takde nasihat membangun langsung
banyak lagi lah..tapi, setakat ni je aku sempat listkan.. 
tak dapat nak fikir banyak lagi sebab dah ngantuk+otak letih sebab jawab fizik tadi
in my opinion, kalau korang dapat yang dalam kes ke 6 tu,
korang boleh buat tak tahu je..
katakan lah pada diri anda macam ni ya..
"kau yang nak kawan dengan aku, bukan aku yang nak kawan dengan kau..so, aku tak kisah kau ada ke tak dalam kamus hidup aku"
this is only suggestion sebab word ni boleh buat kita tak rasa seperti kena reject dengan kawan
aku bagi suggestion ni pun sebab aku pun selalu buat macam ni untuk kuatkan semangat aku balik
different individu have different opinion & decision
so, make your own decision

dalam kesempatan ni, aku nak bagitaw,
aku agak terharu(*perasan macam artis kejap..ngeh3) ngan member2 aku yang bagi link ke blog aku ni kat blog diorang
walaupun blog diorang aku tak dapat nak bagi link kat sini,(sebab blog diorang invited readers sahaja)
aku still nak bagitaw sape diorang..
thanks to nur aimi and nadiatul sofea

p/s :
-semua pics kat atas tu adalah aku google kan je-
-sebenarnya entry ni aku nak bagitaw benda lain tapi tak terkeluar lah pulak malam2 ni-
-entry ni takde kaitan or keinginan nak mengutuk sape2-
-semua cerita dalam entry adalah pengalaman aku sendiri-
-harap ampun dan maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa or buat korang terasa dakam entry ni dan entry previous ni-

Wednesday, April 13, 2011

post 128~ putus kawan?


assalamualaikum dan salam sejahtera readers!
halo halo halo..
hari ni aku taknak cerita pasal exam aku dah..
mybe ada yang dah fed up yang entry2 pasal exam aku,
so, kepada yang dah ped up tu, hari ni aku buat entry pasal lain pulka..
jom baca ya!
tapi before tu, aku nak korang baca entry ni dulu..
baca jangan tak baca taw..
aku dapat idea nak tulis entry ni pun daripada entry tu lah..
tengs khairul !

sebenarnya aku berkejar dengan timing nak g exam ni,
so entry ni aku tak dapat lah nak further panjang2..
secara singkatan nya, aku just boleh cakap,
bagi aku, KAWAN will never BREAK
unless kawan tu macam t**k
kalau kawan tu back stabber, better tak payah kawan la
better putus kawan la daripada korang terus makan hati
betul tak?
tapi kalau orang tu kesabaran dia tinggi macam gunung Everest,
tak tahu lah aku diorang sanggup sabar ke tak
mybe diorang boleh lah tadah telinga diorang mendengar apa yang member dia buruk2 kan dia tu

kat sini, aku nak admit, aku pun penah buruk2kan member aku
setiap orang pun pernah melakukan kesilapan kan?
sekarang aku dah jadi budak baik(*baik lah sangat kau tu pija!)
aku dah tak ambik kisah pasal orang sekeliling
melainkan melibatkan aku..
meh aku nk tanya korang ni,
korang penah tak cakap2 pasal member korang?
mesti ada kan? tak payah nak berlagak suci lah korang tu..
*tak baik menipu, nanti yang kat atas marah(ALLAH)

berbalik pada tajuk asal,
so, far aku takde lah sampai putus kawan, 
tapi aku ada lah ignore kawan aku tu..
itu pun untuk kebaikan bersama *supaya sama2 tak dapat dosa
jangan lah pulak korang tanya kenpa dapat dosa ek?
aku tak pasti sebab nya..
yang pasti, kalau aku ambik kisah pasal kawan aku ni, aku akan dapat dosa..
yang tu, hanya ALLAH je lah yang tahu..

hopefully,  friendship yang aku cipta dengan sayang2 aku
akan terus kekal sampai ke tua..
especially NUR AIMI MOHD DARUS & NUR ZULAIKA MAT HAMIZI.. ^_^

luft u very much dear! u make my life shining every day..especially when we are together
sayang kamu ketat ketat kamu lah weh! tengs for make me a laughter girl..
p/s : sory aku tipu pasal aku tulis ringkas je..heehee
nanti aku sambung balik entry aku ni ek.. 

post 127~ bagus lah !


hah! ambik kau..aku letak pic shout box kat sini..ngeh3
bukan saje2 letak je taw.
ada sebab musabab nya..
sebab musabab nya ialah dah ada orang komen dah kat shout box aku
hooreay! happy nya..mana tak happy wei..
kita ni kan bukan nya blogger yang femes courts mammoth
sampai nak ramai2 yang tinggalkan komen kat shout box tu
kalau bertambah follower sorang pun pun dah bersorak..
satu bilik bising..*nasib baik tak meraung2 je
nasib la member bilik aku dapat member macam aku kan
tingginya tahap kesabaran diorang kan? *bagus lah kawan2 aku ni ^_6
satu hal lagi, budak sebelah bilik aku pun tak bising kalau aku ada buat bising
tak macam sesetengah kejiranan, *tak berniat nak mengata sape2..im sorry if terasa
tak boleh nak happy2 sikit ngan budak bilik..terus kena marah..
tapi lagi teruk kalau baling telur tanda protes kan?
*tapi bagus jugak baling2 telur time kat koleh ni,
boleh jimat bajet makan skit..ambik telur tu je makan *just kidding

berballik pada topic asal ya! dah banyak melalut entah ke mana dah tu
hope lepas ni, makin ramai lah tinggal komen kat sshout box tu
dan ramai jugak lah ynag follow aku..
setakat ni follower aku ialah sebanyak *teet*
takkan nak bagitaw korang kot..
korang kan boleh tengok sendiri kan belah tepi tu kan?..ngeh3
okeh..kepada pembaca2 sekalian,
RAJIN2 kan dan RINGAN2 tangan nak tekan button follow tu ya! ;)
btw, tengs!

Tuesday, April 12, 2011

post 126~ kalau lah lelaki tahu

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan selalu bertanya adakah kamu rindu dan sayang sama dia, waktu itu dia benar-benar merindui dan menyayangi kamu. 

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s : aku just copy and paste daripada orang je..aku copy ni daripada note FB someone..

post 125~

seperti yang aku telah janji kan kan..
aku akan cakap pasal exam math paper 1 aku
kepada sape2 yangarasa atau terlintas macam ni
"alah..pasal exam kau pun nak cerita..orang lain pun exam jugak takdelah bising2 macam kau"
atau
"asyik2 entry pasal exam dia je..macam orang lain tak exam je"
oke..kalau ada antara korang yang terfikir macam ni,
aku bagi choice
1. tekan "X" yang kaler merah kat hujung kanan sebelah atas tu
2. teruskan membaca
(oke pija..stop mebebel..smabung je entry kau tu)

kepasa sape2 yang pilih second choice, meh sini nak cerita..
masa exam math tadi, aku masuk je dewan tu, aku rasa tenang sangat2
tak rasa gugup langsung walaupun memang aku selalu takut dengan paper math
aku takut dengan paper math sebab aku tak pro dalam  subjek math ni
aku turun daripada bilik lewat sikit, tapi, time aku sampai kat dewan exam tu,
cikgu yang jadi pengawas peperiksaan tu
terus panggil aku masuk(kebetulan aku batu sampai)
*psst..jangan jeles aku jadi VIP hari ni taw ^_^

time tengah jawab paper tu,
aku jawab soalan tu, non-stop
tapi tak tahu lah betul ke tak an?
asal kan aku dah dapat jawab daripada apa yang aku target dah la..
aku target, aku juz dapat jawab 4-5 solan je..
tapi tadi, aku dapat jawan sampai 6-7 soalan.. HEPY sanagt2..heehee

oke lah..abih dah part tu..malam ni sambung study math pulak,,
tapi topic 6-12
banyak kan? 7 topic semuanya..soalan yang kena jawab, sama ngan paper 1
10 soalan..
tata~nak pegi makan pulak.. (^_^)V

Monday, April 11, 2011

post 124~ math oh math


mood sekarang tengah study math 
tajuk2 yang akan keluar untuk math paper 2 esok ialah
1. conic section
2. trigonometric function
3. hyperbolic function
4. application of differentiation
5. vector



walaupun korang(sesetengah) tak tahu apa yang aku bebel kat atas tu,
aku tetap nak tulis jugak
boleh tak? kalau korang cakap tak boleh pun, aku tetap nak tulis jugak
ni kan blog aku.. ngeh3

ok..tata..nanti esok aku update pasal exam math paper 1 pulak ya!
see ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...