mulakan dengan

mulakan dengan

Sunday, January 30, 2011

post 86~ bersahabat dengan lelaki

oke, ni sambungan drp kisah entry seblum ni..
law entry sebelum ni mengisahkan nk jadi seorang rakan yg baik,
kali ni adalah tentang mcm mana nk bersahabat ngan lelaki..
maksud aku kat sini bukan sengaja mencari kawan lelaki..tapi law kita memang dah berkwan ngn dya or kita rapat ngan lelaki tersebut..
kat sini aku sertakan apa yg patut n apa yg pompuan tu x patut buat..
aku rasa x semestinya ngan kwan kita je kita akn buat mcm ni..
kalau kita hang out ngan pakwe kita pun kita patut amalkan semua ni..
here is the tips..


DO'S
1.humor
salah satu carayg membuatkan lelaki selesa berkumpul atau lepak dgn rakan2 lelakinya ialah mereka bebas bergurau ! Bgi lelaki, gurauan memang menjadi ubat yg paling berkesan utk melepaskan segala ketegangan dan kepenatan yg ditanggung. tunjukkan kpdanya bahawa kamu juga memiliki selera humor yg sama apt rakan2 lelakinya yg lain.kamu bleyh memulakannya dgn ketawa besar atau 'lebih' selepas mndengar gurauan sahabat lelaki kamu itu.percayalah, lelaki akan merasa selesa berada bersama org2 yg memiliki kadar humor yg sama dgnnya.

2.Berdikari
apabila kamu bersahabat dgn lelaki,kamu perlu kikis sedikit sikap manjamu. sahabat lelaki kamu akan lebih menghargaimu bila kamu menunjukkan sikap berdikari dihadapannya.baginya,perempuan yg bijak berdikari lebih berkebolehan utk mengikuti gaya persahabatannya.sebenarnya xsalah jika kamu ingin menunjukkan sikap manjamu sekali sekala terhadapnya. tapi pastikan kemanjaanmu yg kamu tunjukkan itu berbeza drp kemanjaanmu apabila kamu bersama kekasih kamu!

3.tahu banyak hal
kamu tidak harus menguasai segala2nya, yg penting kamu up to date topik2 terkini. kamu xmungkin berpeluang mmbahaskan soal lipstik, mekap n trend kecantikan denganya, kan? biasanya lelaki akan berasa senang n selesa bersahabat ngn perempuan yg bleyh diajak berbual tentang beberapa topik kesukaannya, spt olahraga, automotif, muzik dan sbgnya.

4.'straight to the point'
jika kamu merasa kesal ngn sikap sahabat lelaki kamu itu, jangan terus simpan di dlm hati. shabat kamu itu bukan DEDDY CORBUZIER yg bleyh mmbaca fikiran org lain. jadi, bila sahabat melakukan hal2 yg kurang berkenan di hati kamu, terus katakan perihal tersebut kpdnya. relaks...perkara ini tidk akan membuatkan dirinya tersinggung. kerana lelaki lebih senang dgn individu yg straight to the point n lebih terbuka menerima kritikan.

5. pendengar yg baik
ketika sahabat ingin bercerita tentang persoalannya di pejabat, rakan2 atau mungkin kekasihnya, berikan 100 % perhatianmu terhadap ceritanya. tatap matanya dan kamu bersikaplah seolah2  kamu mendengarkan setiap ucapannya. hentikan sementara bermain ngan phone kamu atau melirik ke arah org2 yg lalu lalang sewaktu dia sedang bercerita


DON'TS
1.mengongkong
walaubagaimana akrab pun hubungan kamu ngan sahabat, jgan pernah sesekali kamu merasakan bahawa kamu memilikinya. menjadi sahabat tidak bermaksud kamu berhak melarangnya melakukan itu ini. bimbang pula jika sahabat merasakan seolah2 dirinya bersahabat dgn ibunya sendiri. lagipun, bukan kamu seorang sahaj yg menjadi kawannya. jadi, cubalah utk lebih menghargai zon peribadinya. sikap memngongkong yg kamu tonjolkan akn membuatkn sahabat lelaki kamu itu berasa tidak selesa dgn kamu.

2.gosip
majoriti kaum perempuan gemarkan beberapa perkara yg dipandang 'bosan' pada pandangan mata lelaki. ini menyebabkan golongan lelaki hanya berminat utk berbual atau mendekati hal2 yg menarik perhatinnya sahaja. jadi, lelaki bukan teman yg paling ideal utk diajak bergosip. sebaliknya, lelaki akan lebih suka jika kamu mengajaknya melakukan kegiatan bersama, spt berolahraga atau sekadar hanya mencari CD terbaru..

3.hobi mengeluh
setiap org tentu memiliki masalah, tapi tak perlu selalu memperbesarkan setiap masalah kamu di depan rakan2 yg lain. sesekali memang x salah jika kamu berkongsi masalah dgn sahabat lelakimu, kerana ia akan membantu kamu mencari jalan keluar. tetapi jika saranannya kamu abaikan, n hari2 berikutnya kamu tetap mencurahkan tentang masalah yg sama, dia kan merasa tidak dihargai dan hilang simpati terhadap kamu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...