mulakan dengan

mulakan dengan

Saturday, January 05, 2013

161. selamat hari tua kawan ku


Happy Birthday Asmida !!

..semoga panjang umo..dimurahkan rezeki..berjaya dalam segala hal..
CHILL YAWW!  (^_^)V
selamat menjadi orang tua dalam batch kita ye as.. mueeheehee even kau paling kecik, tapi kau lah yang paling tua selepas sheila antara kitorang.. 

nasib baik la aku tengah tak sihat+tak larat skang ni..kalau tak, memang habes la aku kerjakan kau semalam as..tambah2, aku konsider minggu ni minggu exam.. sebab ramai nak study.. tapi boleh je kalau aku nak buat jugak..

nak tahu tak ape yang aku rancang nak buat? aku ingat nk bagi as mandi tepung+telur.. terus as jadi lempeng ataupun pancake.. sedap gak makan..peanut pun aku dah ada dah dalam loker aku ni..

tapi, as jangan bimbang lah yeee..aku tengah jadi orang baik sekarang ni.. benda2 alah tu, aku tolak tepi dulu sebab aku konsider kau ada exam esok.. baik tak aku? walaupun still lagi ada niat jahat

kalau ingat balik zaman celebrate birthday aku masa sekolag ngan matrik, memang seronok.. 

masa sekolah menengah (Teknik Bachok) : semua budak dorm aku buat perjumpaan untuk sesi luahan hati atau time tu kitorang panggil posmorterm(taktau eja macam mana..hehee).. dah la kebetulan esoknya ada exam.. bleh plak diorang main2 ngan aku.. then, diorang semua attack aku.. semua cakap tak puas hati ngan aku.. lepas sorang sorang..sorang tak habes nak cakap lagipun, yang ke dua terus menyampuk.. stress aku time tu.. jahat sangatkah aku ni, sampai semua orang nak terasa hati ngan aku? ---> then, after jam dah lepas pukul 12 tengah malam pada tarikh lahir aku, semua sekali wish birthday aku kuat2.. sampai nanges2 aku..sebab terharu..before ni xde orang celebrate beday aku sampai macam tu skali.. pastu, semua confess kat aku, semua tu cumalah rekaan, diorang tak ambik hati pun, cuma ambik benda tu sebagai motif nak kenakan aku..  thanks a lot friends [F302 2008]  :)

masa matrik (Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka) : time ni, semua member2 aku, tak berapa nak menggila sangat dengan aktiviti2 celebrate birthday ni..sebab dah kena warning ngan penjaga blok sebab bising.. haahaa so, aku terlepas ngan semua tu.. aku dapat banyak makanan sebagai hadiah daripada member2 terdekat.. mentang2 la aku ni makan banyak kan 
tapi, aku still lagi ada kawan yang daripada teknik bachok..so, perangai 'jahat' daripada teknik tu still lagi tertanam kesumat dalam hati nuranni dia.. budak tu nama dia, Ateeq Medina.. pandaaai je dia mengumpan aku untuk ke blik dia time tu, konon2 nak aku temankan dia pegi mandi sebab kat aras dia, takde orang langsung time tu..so, dia takut nak g mandi sorang2.. memandangkan aku dah kenal hati budi badan kaki tangan dia, so aku dapat bau sehingga ke lubuk hidung aku, niat dia nak kenakan aku.. sebab memang aku sedar time tu 28hb.. aku tolak pelawaan dia..tapi, last2 aku pegi jugak sebab aku kesian kat dia.. biasalaaa kawan.. -->aku baru je nak melangkah masuk ke dalam tandas, aku rasa something yang pelik.. terus aku kena simbah ngan susu basi dengan budu.. yaacckk!! GELI! BUSUK! naseb baik kena sikit je time tu, sebab aku sempat lari.. semua ni, dia berpakat ngan budak bilik dia.. terpaksalah aku mandi buat kali ke dua dalam masa tak sampai 1 jam..sedangkan aku baru je lepas mandi masa dia panggil aku tu..

ape pun, tu antara moment birthday aku yang aku tak dapat nak lupakan..sampai ke hari ni aku still ingat.. in syaa Allah aku akan ingat sampai ke hari tua or akhir hayat aku.. tu pun kalau aku tak nyanyuk..heehee


#p/s : As nak merasa jugak ke macam ni? muaahaa :p


senyum sokmo ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...