mulakan dengan

mulakan dengan

Monday, June 06, 2011

post 138~ apa kata anda?

assalamualaikum and salam sejahtera guys!

first2 sekali aku mahu mintak maaf sebab dah lama gila2 tak update belog aku yang buruk ni
agak2 kalau rumah, dah bercucu cicit kot labah2 dok bersarang.


hari ni, aku nak mintak pendapat korang la kan
kalau korang jawab sendiri (cakap sorang2 depan laptop anda),
aku pun tak kisah sangat. lalalala~

first sekali aku nak tanya korang pernah tak dapat kawan yang bertalam?
bukan talam yang untuk angkat air or something yang macam tu ya adik2
tapi yang aku maksudkan ialah "talam dua muka"
tapi, kalau bagi aku bukan setakat dua muka
tapi bermuka-muka dah..
kalau dah talam tu memang talam lah kan.

kalau yang pernah kena, maybe(maybe ya. bukan pasti) korang akan cakap korang serik kan?
pasti korang dah taknak dah dapat kawan yang macam tu kan?
atau aku boleh cakap "backstabber" lah kan?
depan cakap lain, belakang cakap lain.
depan kita bukan main manis mulut bercakap pasal kita
tapi belakang kita..peeerghh!
TERBAIK lah dia punya kutukan SPECIAL untuk kita
yang ni aku paling hangin! aduh!

aku yang malas nak ambik pasal hal orang lain pun dikutuknya manusia2 tak bertauliah ni.
(ke aku ni jenis yang suka ambik tau hal orang?-->tolong bagitau status aku macam mana ek)
ada sorang manusia ni..member yang agak rapat dengan aku (tak de lah sampai aku bawak balik umah),
boleh dia mengutuk member seketawa dengan dia(member sesedih tu aku tak taw la jadi ke tak)
alahai...! kalau dengan aku dia boleh kutuk member dia tu..
dah tu aku? mesti lah panjang lebar lagi kan kan?

rasa sedih + terkilan yang amat lah aku bila aku dapat member macam ni
aku harap member2 yang aku kenali sehingga kini, takde yang bertalam ya!
korang bayangkan ya..
aku boleh jadi moody whole day disebabkan dia mengutuk member dia..
tu dia kutuk member dia kat aku..
kalau aku tahu dia kutuk aku kart member dia tu?
boleh jadi tak bercakap terus aku dengan dia!
bernas tak idea aku ? haakhaak.


Peace make me smiles (^_^)V

Saturday, April 23, 2011

post 137~ bleeding finger

 ermm..sangat2 sedih shocked today..
jari manis belah kiri aku berdarah
dah la berdarah tak berhenti2..
waaa! rasa macam nak nangis je..
tapi cover line, sebab aku pikir yang aku ni dah besar panjang
malu kat adik aku kot..
nanti dia bedal tanya aku macam ni
"k.long..kenapa nangis?"
masak aku nak menjawab nya..kalau aku jawab
"jari luka"
aku sure, confirm and confident dia akan gelak tak ingat dunia
so, better aku dok senyap je kan?

tengah2 darah rancak berlumba2 nak keluar daripada badan aku,
mak aku terus suruh aku angkat tangan tinggi2 untuk kurangkan pendarahan tu
terus aku angkat..then2...
tangan aku pucat sangat2..huh!

jari aku boleh berdarah tadi sebab, aku tengah mayam bawang putih
tahu tak apa mayam tu?
(mayam=hiris bawang tak kira la bawang apa2 pun tapi dihiris halus2)
mesti korang cakap aku ni tak penah wat keje kat dapur kan?
sampaikan time potong bawang pun jari boleh berdarah..betul tak?
wey! agak la nak mengata aku pun..
PISAU yang aku guna tu baru kot..
baru sehari ada kat umah aku
pisau tu beli time malam khamis..kat pasar malam
(hah! hambek kau aku cerita satu persatu)

oke lah..kalau korang vakap tu semua alasan,
korang punya hal lah ye..
janji korang hepy dengan korang punya assumption..ok?
 ok lah, aku nak bagi jari aku rehat jap..haahaa
ada ke jari nak rehat?
setahu aku kalau demam je body mintak nak rehat

Peace make me smiles (^_^)V

Friday, April 22, 2011

post 136~ Terima kasih untuk tips berguna

assalamualaikum dan salam sejahtera readers!

buat masa sekarang, aku nak berterima kasih kepada cik epal
sebab dia dah bagi tips2 yang sangat berguna tuna
nak tahu apa tips yang dia bagi?
meh sini kita pakat2 baca eh..
tips yang dia bagi ni, boleh je mana2 blogger nak baca..
tapi aku rasa, entry ni lebih dikhaskan untuk newbie(termasuk aku lah tu)
mekasih bebanyak taw!
after aku baca entry dia yang tu,
teus aku masuk ke blog design aku, then aku buang lagu fevret aku
aku baru je letak semalam..
(sebenarnya aku dah lama buang lagu, tapi semalam gatal tangan nak letak lagu..heehee)

before ni aku dah penah baca entry2 yang macam ni,
tapi aku lupa kat mana..(kalau tak silap kat blog cik elia kot)
kat entry tu ada lah aku terbaca kat orang2 komen..dia cakap,
"guna standard font macam arial or times new roman je sebab semua PC ada default font ni"

kalau dulu, aku degil,
baca entry2 macam gini, aku wat derk je..wat tak taw je
tapi sekarang aku dapat rasa macam mana perasaan pembaca2 blog
kalau dalam blog tu ada :
1. lagu/music-sesetengah blog tu asyik ulang lagu ynag sama je..boring kot

2. widget banyak terlampau- aku dulu pun penah buat. maklumlah budak baru nak up dalam dunia blogger, semua benda nak letak dalam blog,after tu aku sedar blog aku sangat3 berat untuk dibuka(sebab terlalu banyak widget). kalau internet macam cheetah tak pe lah jugak an, tapi kalau internet macam nenek ciput? hampeh orang nak menunggu buka blog.. ye tak?

3. tulisan pelik2- sesetengah blog yang aku singgah, ada yang tulisan entah apa2. menyakitkan mata aku je nak baca. kalau kena time aku jahat, terus je aku tekan 'X' kat hujung belah kanan tu..ngeh3(sejak bila kau baik pija? haahaa)

4. tulisan kecil- yang ni aku paling sakit hati, yang ni pun menyakitkan mata aku jugak. alih2 aku jugak yang kena kecil kan mata aku yang tak berape nak sepet ni kalau nak baca. -,-

5. tulisan kaler2- kalau bab2 tulisan kaler2 ni, aku pun penah buat jugak. tapi takde lah sampai terlampau banyak sampaikan semua kaler nak letak lam satu entry.(yang tu memang melampau! -.-) kalau setakat nak buat as pemisah/ perbezaan antara tajuk utama dengan huraian tu tak kisah la kan? and satu lagi kalau nak membezakan antara satu kisah dengan satu kisah yang lain..never mind lah kalau yang tu..takde lah kisah sangat..

6. bahasa entah ape2- tak semua faham bahasa yang kita tulis kalau kita taip dalam entry kita ikut suka hati kita. memang la blog tu kita yang punya, tapi sape yang nak baca? so, better gunakan bahasa standard.kalau guna bahasa singkatan yang common(orang biasa guna), takde lah orang kisah sangat.tapi kalau dah macam taip sms, memang melampau tambah2 lagi kalau pembaca blog tu tak paham apa yang penulis tu nak sampaikan.

yang ni aku nak tanya lah, sape2 boleh tolong jawabkan tak?
kalau antara entry yang ditulis secara penuh(cara penulisan nya)
(macam blog cik epal ngan blog jejari runcingand blog cik nathrah)
DAN
tulisan yang ditulis kat tengah2(macam entry2 aku ni)
apa perbezaan dia ek?
ada masalah tak kalau dengan cara penulisan yang ni?

p/s : kalau sape2 yang ada terasa ngan entry aku kali ni,
minta maaf bebanyak taw..tolong maaf kan aku ya!

Peace make me smiles (^_^)V

Thursday, April 21, 2011

post 135~ almost accident

sekadar gambar hiasan..sumber:google
assalamualaikum dan salam sejahtera readers!
semalam kan aku janji aku nk buat entry pasal  perjalanan pulang aku..
so, hari ni kau akan tunaikan nya..

on the way balik ke kelantan tu, abah aku drive alone along the journey tu
kuat kan abah aku?
dah la time datang tu, dah drive sorang2
balik pun dia drive sorang2..
sebab tu lah aku sayang abah aku.. ^_^
kitorang just rest kejap je
berhenti kat masjid sultan mahmud kat pahang untuk rest2 jap and solat asar

masa kitorang on the way,
dua kali kitorang nyaris2 nak accident
tapi alhamdulillah segala selamat
sebab kebetulan time nak jadi tu, abah aku pandu kereta slow je
dua2 accident yang nyaris2 nak jadi tu sebab kereta yang bertentangan arah nak memotong

ada satu kereta yang nak memotong ni(scene first)
dah la kereta dia tu baru je lepas naik bukit
pastu terus memotong
aku heran betul la..macam mana diorang dapat lesen ek?
lesen beli lah kot..haahaa

after tu, skali lagi kitorang nyaris nak accident 
sebab ada sebuah kereta yang memotong main ikut suka hati diorang je
sedangkan diorang dah nampak kereta kitorang kat depan
tapi kereta tu still jugak nak memotong
sekali lagi..kebetulan abah aku bawak kereta slow and nasib baik jugak ada banyak ruang kosong sebelah jalan yang aku lalu tu..(syukur alhamdulillah)
terus aku cakap kat ma ngan abah aku
"dio loghat tu, emergency nok masuk jambe"
(translation: dia nak cepat tu..emergency nak masuk tandas)
korang paham2 sendiri lah apa yang aku maksudkan emergency nak masuk tandas tu ya! :p

terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kat ma ngan abah aku sebab sanggup datang ambik aku
dan tinggal kan lagi dua orang adik aku kat umah(kelantan)
semata2 nak datang ambik aku je
kalau budak dua orang tu datang, confirm tak muat barang2 aku nak buat balik
maklum la aku ni kan..semua benda nak buat balik
kalau boleh, dengan loker2 kat bilik tu pun aku nak buat balik..haahaa
satu lagi, aku nak mintak maaf kat adik2 aku yang kena tinggal kat umah tu ya!
kesian kat korang kena tinggal..heehee

p/s : ni je lah kot yang aku nak citer..dalam banyak2 scene, 
bahagian ni je aku ingat
(yang lain nak ingat macam mana kalau dah tido je memanjang.. :p)
ma ngan abah aku dah paham dah aku kalau aku naik kereta
tak pelik kalau aku tak sedar apa yang jadi sepanjang perjalanan

Peace make me smiles (^_^)V

Wednesday, April 20, 2011

post 134~ entry tak bertajuk

kerugian + hampa yang teramat buat masa sekarang..nasib baik ada phone boleh contact2
assalamualaikum and salam sejahtera readers!
entry kali ni bukan betul2 tak bertajuk, cuma aku tak tahu nak buat tajuk apa
so, aku buat la "entry tak bertajuk"..haahaa
first of all aku nak bagitaw yang entry ni adalah entry berani mati aku !(ika..after kau baca entry aku ni, sila msg kat aku ya! :p)

entry kali ni pun bukan sekadar entry kosong yang aku nak merapu tak tentu pasal
(mentang2 lah korang tengok tajuk entry entah ape2 kan?)
yang nak baca tu, keep going ya! btw, tengs!
before tu, aku nak mintak maaf awal2 sebab entry ni agak jiwang miwang sikit

oke hari ni aku nak cakap sikit yang aku dah pun sampai kat umah tercinta aku ni dengan selamatnya
nanti pasal perjalanan pulang aku tu, aku cerita dalam next entry la.
entry ni agak special skit..(special ke?)

sesampainya aku kat umah ni, maknanya aku berjauhan daripada seorang hamba Allah ni..
iaitu seorang hamba Allah yang aku SUKA
(i will never mention his name in here..biar orang nya and orang tertentu yang tahu dulu :p)
after habis matrik, memang aku takkan dapat jumpa dia dah
sebab kami tinggal lain2 negeri
aku kat kelantan and dia pulak kat pahang
sangat jauh ya!

p/s:yang ni monolog dalaman aku..
tu lah kau pija, masa kat matrik dulu,
time jumpa dengan dia, kau taknak try tegur dia
malu la apa la semua ada
ha! sekarang dah melepas baru padan muka kau..

waaa! nak nagis la macam ni kalau diri aku sendiri pun cakap padan muka kat aku
(tapi memang padan pun muka aku, takde cacat pun..haahaa-not the time for joke pija!)

hubungan jarak jauh je lah yang aku mampu..tu pun kalau "dia" sudi.. :(
tapi aku takde la rasa sangat2 hampa, sebab at least aku telah buat something yang sangat berani
first time in my life kot wey!
at least, aku dah dapat no phone budak tu and aku msg kat dia
so, melalui tu, aku contact dengan dia
kalau bertembung dengan dia kat mana2 dalam kolej tu,
sedaya aku taknak pandang muka dia..malu siot!
sape yang tak malu hah? nak pandang orang lama2?
nanti kantoi pandang lama2 kang, naya aku..
tak tahu nak sorok kat mana lah muka ni time tu kan?

hopefully "dia" tak benci kan aku lah ya!
kadang2 tu.(bukan kadang2 tapi selalu pun)
aku akan msg dia..
macam tadi, aku sampai je kat umah, aku bagitaw dia yang aku da sampai
tu pun after aku bagitaw my BFF..
kiranya dia orang second la..heehee
(eleh pija..kau ni buat dia tu macam pakwe kau pulak..dia tu anggap kau tu member je pun..tak payah nak melebih2 lah!)
oke, fine! ada suara dalaman cakap kat aku macam ni,
so,aku follow je la suara hati aku tu,
maybe betul cakap suara hati aku tu..
hati aku pun selalu cakap
"even kita suka kat orang pun, belum tentu orang tu akan suka kat kita..so jangan nak berangan tinggi pija!!"
aku ni jenis degil +keras kepala sikit
kadang2 aku dengar cakap suara hati aku tu, kadang2 tak langsung..haahaa

so, daripada sini korang dapat tahu lah kan kenapa aku wat tajuk entry ni
"entry tak bertajuk" kan?
before ni, kalau aku nak lupakan something,
aku akan try dengar lagu..and aku lupa pasal prob aku tu kejap

aku akan try layan lagu2 jiwang untuk melepaskan resah dalam hati aku ni(ayat tak bleh blah..haahaa)

p/s : kepada hamba Allah tersebut, rasanya saia akan bagi awak baca entry ni..
terima kasih sebab sudi baca entry merapu meraban saia ni ya!
and tengs jugak coz, sudi layan saia yang banyak songeh ni
(selalu anta msg kat awk kan? even awk tak reply pun)
ada rasa serabut tak? kalau ada rasa macam tu,
terus terang je la dengan saia,terus send msg macam ni kat saia lepas awak baca entry ni ya?
"jangan buat serabut dengan aku boleh tak? aku tak de masa nak layan ka..baik aku layan awek aku lagi bagus daripada layan ka"
ok? haahaahaa.. ^_^

Peace make me smiles (^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...